RSS Suria

Mak ayah rehat di rumah, anak kecil di kolam renang banyak kali nyaris lemas – “Kalau mati adakah kami akan dipersalahkan?”

CUTI hujung minggu yang sepatutnya menjadi hari tenang buat seorang wanita bergelar ibumenjadi cemas apabila menyaksikan insiden kanak-kanak hampir lemas di sebuah kolam renang.

Berkongsi cerita, kata wanita itu, insidenberlaku di kawasan perumahannya disebabkanmangsa dibiarkan mandi di kolam renangtanpa pengawasan orang dewasa.

Menurutnya, ketika kejadian dia turut berada di kawasan kolam renang bersamasuami dan anak-anak.

Kanak-kanak teruja bermain di kolam renang. -Gambar hiasan

“Biasalah kan, kami sebagai ibu bapa kenalah jaga anak dekat kolam kanak-kanak.Air kolam tu agak dalam juga untuk budak umur satu hingga tiga tahun.

“Dalam kolam tu ada beberapa budak tengah mandi. Biasalah kan budak-budak main air. Ada yang main lasak dan ada yang baru nak berenang,” katanya di laman sosial.

Pada masa sama, katanya, dia turut mengambil inisiatif untuk memerhati anak-anak lain di kolam renang ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami T20 abai famili, sibuk main golf! Isteri baru habis pantang doa Allah bagi balasan setimpal, letih makan hati

ARTIKEL BERKAITAN:Sibuk gulung tali pancing, bapa abai anak kecil menangis ketika berkelah… Langsung tak toleh, kail lagi penting!

Tanpa diduga, dia menyaksikan seorang kanak-kanak berusia lingkungan dua tahun dalam keadaan hampir lemas.

“Mujur dia diselamatkan oleh abangnya yang berusia 10 tahun. Nasib baik ada abang dia dekat sebelah dan saya fikir ibu bapa budak ni akan periksa anak kecil ni sebab menjadi lumrah perkara itu dilakukan ibu bapa.

“Anak tu dah tertelan air, terbatuk-batuk lagi. Tapi, abang dan adik tu tak ada peneman dewasa. Sepanjang 30 minit saya ada dekat situ, budak tu dah banyak kali hampir lemas,” ujarnya.

Anak-anak adalah tanggungjawab kita. Jangan letak tanggungjawab tu pada orang lain.

WANITA

Mendekati dua beradik itu, dia cuba bertanyakan tentang keberadaan ibu bapa mereka ketika kejadian.

“Bila saya tanya abang dia, mana mak ayah? Dia jawab, mak ayah di rumah,” ujarnya yang mengakui berang sebaik mengetahui dua kanak-kanak itu dibiarkan berada di kolam renang tanpa pengawasan orang dewasa.

Anak merupakan anugerah Allah. -Gambar hiasan

Namun tidak lama kemudian, datang seorang wanita yang merupakan ibu kepada dua beradik itu dengan lagaktidak bersalah mungkin tidak tahusalah seorang daripada anaknya nyaris lemas.

“Dengan tak ada perasaan, dia suruh anak-anaknya balik. Anak kau tu dah banyak kali lemas tau dan kamu harapkan saya atau orang asing lain untuk jagakan anak-anak awak? Mengarut!

“Anak kau umur duatahun, sangat muda untuk dibiarkan. Ya, dia bersama abangnya tapi abang dia pun sangat muda untuk ambil tanggungjawab tu.

“Kalau anak kau mati lemas, adakah kami yang orang asing ni akan dipersalahkan nanti?” soalnya.

Justeru, dia menitipkan pesanan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa menjaga dan mengawasi pergerakan anak-anak.

“Tak kira berapa pun umur anak tu. Selagi dia belum usia 18 tahun, anak-anak adalah tanggungjawab kita. Jangan letak tanggungjawab tu pada orang lain,” katanya lagi.

Scroll to Top