RSS Suria

Nekad batal nikah sebulan sebelum majlis, wanita tak teragak-agak ‘lelong’ barang kahwin… Tak sangka laku keras!

TIDAK ada bakal pengantin yang mahumembatalkan hari bahagia mereka, namun kadangkala keputusansukar itulah yang paling tepat dibuat demi kebaikan diri sendiri.

Seorang wanita bernama Ain (bukan nama sebenar)mengambil keputusan membatalkan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Ain, persiapan mengadakan majlishampir siap80 peratus ketika dia membuat keputusan itu, namun dia sudah lama membuat pertimbangansebelumnekad membatalkan pernikahan.

“Sebenarnya, keputusan untuk tak teruskan perkahwinan tu bukan mudah. Saya dah fikir banyak kali. Tapi akhirnya saya sedar, saya tak boleh terus bertahan dalam hubungan.

Baju nikah yang dijual semula dengan harga lebih murah.

“Dia mungkin belum bersedia dari segi tanggungjawab bukan saja sebagai pasangan tapi juga sebagai anak, bakal suami dan ketua keluarga.

“Tapi saya percaya semua wanita kena ambil serius bab ni,” katanya kepada mStar ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, dia dapat melihat banyak tandaawal menunjukkan mereka tidak sesuai hidup bersama, khususnya dari segi interaksi pasangan dengan orang sekeliling.

“Jangan sesekali paksa diri untuk terus berada dalam hubungan yang dirasakan toksik atau abusive. Sebab lama-lama, ia akan makan diri kita dari segi mental dan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak jadi kahwin, wanita tebal muka minta semua pihak pulangkan deposit! ‘Ajaib’ semua setuju refund, tak banyak ‘songeh’

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tak jadi nikah, ubah fikiran lepas bakal suami ajak tinggal serumah dengan ibu… Suruh faham status anak bongsu

“Percayalah, jaga diri sendiri dan sayang diri itu paling utama,” katanyasebak, namun akur dengan takdir bahawa jodohnya belum tiba.

Susulan keputusanmembatalkan pernikahan, Ainberkata dia terpaksa melepaskan beberapa barangan perkahwinan yang telah dibeli lebih awal.

Antara barangan yang sudah dijual termasuklah sepasang baju nikah yang ditempah di sebuah butik di Shah Alam, Selangor.

Baju tersebut dibeli pada harga RM265 tetapi berjaya dijual semula padaharga RM200, sebagaimana diiklankandalam hantaran di TikTok.

“Baju nikah tu dah pun terjual. Saya tak sangka cepat juga orang beli sebab saya memang jaga elok-elok, masih baharu dan cantik.

“Sekarang ni kasut nikah dan net tudung masih ada. Kasut tu saya beli harga RM210 dan saya letak harga RM150 saja.

Reaksi bekas pasangan? Dia okay je, buat macam tak ada apa-apa.

AIN

“Banyak lagi barang sebenarnya tapi buat masa ni saya nak ‘let go’ (jual) barang-barang yang utama dulu. Segala beggoodiesdan bunga telur saya hold dulu,” jelasnya.

Ain berkata keputusan untuk membatalkan majlis dibuat kira-kira sebulan sebelum tarikh yang ditetapkandan perkara itu turut disokong sepenuhnya oleh keluarga.

“Kami kenal dari tadika, tapi saya tak nak cerita lebih-lebih. Sebulan sebelum majlis, saya buat keputusan untuk tak teruskan rancangan perkahwinan.

“Famili saya pun sebenarnya dah lama rasa nak batalkan, cuma masa tu saya masih cuba bagi peluang. Tapi akhirnya saya sendiri tak boleh lagi bertahan.

“Reaksi bekas pasangan? Dia okay je, buat macam tak ada apa-apa,” katanya yang kini berasa lebih tenang.

Barang kahwin lain yang mahu dijual.

Bercerita lanjut, wanita ini berkata keluarganyaterpaksa memaklumkan kepada saudara mara dan teman-teman bahawa majlis tersebut ditangguhkan.

Ketika ditanya tentang jumlah kerugian yang ditanggung gara-gara pembatalan tersebut, Ainenggan mengulas lanjut.

Baginya, apa yang lebih penting sekarang adalah fokus kepada diri sendiri dan usaha untuk memulihkansemula semangat selepas melalui fasa getir dalam hidup.

“Kad kahwin memang dah edar… jadi ibu ayah saya sendiri kena telefon balik semua tetamu dan cakap majlis ditangguh. Tapi sebenarnya, memang dah batal terus.

“Sedih memang sedih, tapi saya reda. Ini lebih baik daripada saya teruskan sesuatu yang tak pasti. Selepas kejadian tu saya tak kuat, ‘hilang’ diri.

“Tapi rezeki dekat lain pula. Allah ‘panggil’ saya untuk ke rumah Dia dan dapat tunaikan umrah. Saya cerita kesedihan dan menangis sepuas-puasnya dekat Raudah. Saya minta Allah pertemukan saya dengan jodoh baik dan diredai,” tambahnya lagi.

Scroll to Top