PENYANYI Jaclyn Victor hilang sabar apabila seorang individu tidak dikenali menyamar sebagai dirinya dengan menggunakan akaun Instagram palsu.
Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, berkata, dia memohon orang ramai untuk menyekat dan melaporkan akaun tersebut.
“Palsu! Tolong sekat dan laporkan akaun ini kerana individu terbabit meninggalkan komen dengan menyamar sebagai diri saya,” katanya.
Perkongsian Jac di Instastory miliknya.
Jaclyn berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Khamis.
Dalam pada itu, Jaclyn memberitahu individu tidak bertanggungjawab itu turut meninggalkan komen seolah-olah menggambar seperti ia ditulis oleh dirinya
Menerusi perkongsian itu, Jaclyn memuat naik paparan tangkap layar memaparkan komen palsu dibuat oleh individu terbabit yang mengaku akaun tersebut adalah platform rasmi media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Melampau guna AI sebar berita ditangkap polis, Jaclyn Victor hilang sabar bakal ambil tindakan
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya bukan robot!” – Rasa tak adil dibandingkan dengan penyanyi lebih muda, Jaclyn Victor bukan kejar kedudukan nombor satu
“Terima kasih untuk sokongan dan komen anda di dalam laman rasmi. Saya teruja mengenali peminat setia seperti anda, boleh saya tahu anda berasal dari mana?,” tulis individu berkenaan.
Hasil semakan mStar, akaun Instagram yang menggunakan nama jaclyn_victor343 itu dipercayai baharu dicipta kerana masih belum mempunyai pengikut dan tidak memuat naik sebarang foto.
Akaun tersebut turut diaktifkan dalam mod privasi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!