MEMILIKI pekerjaan yang stabil membuatkan segelintir individu mula membeli aset berharga termasuk rumah dan kenderaan.
Ada juga yang membuat sasaran untuk memilikinya sebelum mendirikan rumah tangga, seperti yang dilakukan seorang wanita ini.
Bukan itu sahaja, dia yang enggan mendedahkan identiti turut menjadikan rumah yang dibeli itu sebagai sumber pendapatan dengan menyewakannya kepada pihak lain.
Rumah sewa antara keperluan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan
“Adik terlepas cakap pada suami dan mentua aku yang aku ada beli rumah sebelum kahwin.
“Tapi rumah tu aku buat sewa sekarang ni,” ujarnya di laman X.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen perlekeh tauke baju Melayu viral, dituduh naik guna harta keluarga… Kakak cerita detik sukar jenama Bulan Bintang
ARTIKEL BERKAITAN:Datuk guna hak wali nak bolot harta! Minta duit KWSP, Perkeso arwah bapa sebelum setuju nikahkan cucu perempuan
Menurut wanita ini, dia tidak menyangka pendedahan tersebut akan membuatkan dia dan suaminya ‘bertegang urat’ sehingga tidak bercakap selama tiga hari.
Meluahkan kesedihan dialami, ujarnyasikap dingin suaminya berpunca daripada tindakan ibu mentua yang meminta dia menjual rumah tersebut kepada abang ipar.
Melampau mak mentua tu, sibuk dengan harta menantu.
WARGA MAYA
“Mentua aku pandai-pandai suruh aku jual rumah tu dekat abang ipar aku.
“Alasan dia, suami aku dah sediakan tempat tinggal. Aku cakap tak setuju, dah tiga hari suami tak cakap dengan aku,” luahnya sayu.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan rasa geram terhadap ibu mentua wanita ini dan menyifatkannya sebagai ‘gila’ harta.
Kebanyakan warga maya memintanya pertahankan rumah atau menjualnya mengikut harga pasaran semasa.
Segelintir lagi berharap dia menjualnya dengan meletakkan harga pasaran semasa dan tidak bermurah hati memberi diskaun.
“Melampau mak mentua tu, sibuk dengan harta menantu. Buat macam harta dia pula.
“Biarkan je suami tu, tengok perangai dia dan mentua macam ni, lagilah kau kena pertahankan rumah tu. Bukan minta dia bayar pun.
“Okay je jual tapi ikut harga pasaran semasa, jangan pula harapkan diskaun.
“Itu adalah aset, apabila kejadian tidak diduga berlaku atas suami, kau ada rumah atas nama kau sendiri.Percayalah nanti suami dah meninggal, mentua sibuk denganrumah yang kau orang duduk tu,” ujar beberapa warga maya.