KEHILANGAN kucing tersayang memberi kesan yang amat mendalam buat usahawan Iqbal Zulkefli sehingga dia sanggup tidur di dalam sangkar haiwan peliharaannya yang diberi nama Pablo itu.
Kata Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, hampir setiap hari dia menangis terkenangkan kucing yang mati pada 16 Mei lalu akibat penyakit panleukopenia atau parvo.
“Setiap hari saya berharap dapat mimpikan dia. Saya selalu menitiskan air mata bila teringatkan kucing itu.
Iqbal imbau kembali momen bersama kucingnya.
“Malah tahap rindu saya pada dia sampai tertidur dalam dalam sangkar Pablo,” katanya kepada mStar.
Iqbal mula menjadikan Pablo haiwan peliharaannya sejak lima tahun lalu.
Dia membeli kucing berkenaan dengan harga RM18,000.
ARTIKEL BERKAITAN:Iqbal Zulkefli tak suka gaduh, sedia jumpa bekas adik ipar selesaikan kes saman secara baik
ARTIKEL BERKAITAN:Iqbal Zulkefli pernah habiskan RM1 juta dalam seminggu, sudah bosan hidup mewah
Lebih menyedihkan bagi Iqbal apabila dia tidak dapat berada di sisi Pablo ketika kucing itu mati di sebuah klinik veterinar.
“Buat masa ini hanya anak patung jadi pengubat rindu saya terhadap Pablo.
“Saya rasa bersalah dan rasa diri tak guna kerana tiada di sisi dia sewaktu hujung nyawa,” luahnya.
Iqbal mengalirkan air mata semasa menanam kucingnya.
Dalam masa sama dia juga sedar apabila ada yang menganggap dirinya keterlaluan meratapi kehilangan kucing berkenaan.
Bagi Iqbal, sebagai seorang pencinta haiwan, perasaan tersebut sukar digambarkan dengan kata-kata.
Apa lagi selama ini Pablo menjadi peneman untuk dia melepaskan rasa sedih atau penat.
Kucing tersebut dibela sejak dari kecil.
“Orang tak faham apa yang saya rasa. Mereka boleh cakap ia hanya kucing.
“Saya rasa perit kehilangan kucing sebab dalam hidup ini cuma ada anak dan kucing saya,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!