SUAMI usahawan sensasi Rozita Ibrahim secara terbuka memuji tenaga dalaman dimiliki isterinya seperti wanita muda.
Menurut Aidiamin Ahmad, usaha Rozita atau Bonda Rozita, 61, yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat selama ini memberi kesan kepada kesihatan dalamannya.
“Dari sudut pandang kesihatan, umur tidak penting, yang mustahak adalah kesihatan dalaman diri kita.
Kemesraan Rozita dan suami sering jadi perhatian.
“Memang tak dinafikan, awak mengamalkan gaya hidup sihat. Pemakanan juga ikut nisbah yang sihat.
“Umur awak tua, tapi dalaman awak sihat. Tenaga dimiliki juga bagus. Awak mampu berjoging selama dua jam,” katanya.
Aidiamin berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung bersama Rozita di TikTok miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh tak bayar kontraktor ubah suai rumah di London, Bonda Rozita ambil tindakan
ARTIKEL BERKAITAN:Solat istikarah sebelum terima lamaran suami, Bonda Rozita tak pernah rasa sebahagia sekarang
Lebih mencuri perhatian ramai apabila Aidiamin memberitahu tenaga dimiliki Rozita tidak sepadan dengan usianya ketika ini.
Malah dia juga berpendapat Rozita sesuai mencari pasangan yang sihat sebagai peneman hidup.
“Kesihatan awak sangat bagus macam tak sesuai dengan umur awak.
“Kalau awak cari jodoh, awak tidak sesuai dengan lelaki yang tidak sihat.
Rozita dan suami kerap berkongsi pelbagai tips bersama peminat.
“Tidak kisahlah umur di bawah dari awak, tapi kalau tidak sihat tak guna,” ujarnya.
Untuk rekod, Rozita secara terbuka berkongsi perkahwianannya bersama Aidiamin pada 16 Mac lalu.
Pendedahan itu dibuat selepas kecoh di media sosial mendakwa Rozita bertemu cinta baharu selepas sosok seorang Lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!