PENYANYI Datuk Nora Ariffin kesal dengan tindakan spontan sendirimeluahkan rasa seronok apabila suami iaitu Dr. Rushdi Ramli enggan melepaskannya dalam sebutan pertama kes penceraian mereka pada 6 Mei lalu.
Sedar ia telah menimbulkan pelbagai tanggapan netizen, Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, memberitahu dia tidak sepatutnya berkata sedemikian ketika bertemu media.
“Bila suami tolak permohonan cerai, saya terkejut. Jadi bila ditanya saya secara spontan sebut ‘sayang juga dia pada saya’.
“Saya tahu tidak sepatutnya berkata begitu. Itu bukannya perasaan seronok, tetapi kelemahan saya ialah bercakap spontan.
Nora tak akan tarik balik keputusannya.
“Selepas kejadian itu saya bertanya sendiri kenapa bercakap begitu,” katanya kepada mStar.
Cerita Nora, sebelum perbicaraan berlangsung dia sudah bersedia sekiranya suami melafazkan talak secara baik di hadapan hakim.
Malah dia sendiri meminta agar Rushdi memberikan kerjasama baik sepanjang proses penceraian mereka.
“Sebelum kejadian dia tidak berkata apa-apa, tapi saya cakap elok-elok mahu selesaikan perkara ini secara baik.
ARTIKEL BERKAITAN:Nora reda jika diceraikan, tak mahu lagi hidup dalam persekitaran toksik
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Suami tak setuju cerai, masih sayangkan Nora
“Saya tidak mahu bergaduh, minta dia datang dan permudahkan urusan. Saya juga sudah minta maaf pada dia.
“Sebelum masuk mahkamah pun perasaan saya sudah 70 peratus bersedia untuk dilafaz cerai. Kita kena bersedia sebab takut pengsan. Jadi saya terkejut dengan keputusan dia,” ujarnya.
Berkongsi mengenai keadaanya kini, Nora memberitahu dia kembali menjalani rutin harian seperti biasa selain menunggu tarikh 4 Jun sebagai sebutan kedua kes perceraian mereka.
Penyanyi ini juga enggan terlalu terbeban berfikir tentang hal berkenaan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Saya tak serabut sebab sudah tahu proses.
DATUK NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Alhamdulillah, saya kembali macam biasa. Semua okay dan dipermudahkan. Saya tak serabut sebab sudah tahu proses apa akan jadi dan hanya tunggu tarikh mahkamah.
“Terlalu berfikir pun tak guna sebab sudah tahu arahnya. Saya tidak akan menarik balik fail penceraian itu jadi tunggu saja tarikh dan langkah seterusnya,” jelasnya.
Kisah rumah tangga Nora sebelum ini menjadi perhatian apabila dia membuat permohonan cerai terhadap Dr Rushdi dan kes mereka masih dalam perbicaraan mahkamah.
Untuk rekod, Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi pada 2021.
Nora serahkan sepenuhnya kepada mahkamah.
Kontroversi perkahwinan pasangan ini timbul apabila Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya pada Ogos tahun lalu.
Namun selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Sebelum itu, Nora berkahwin dengan komposer Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube