RSS Suria

Zahir nampak kuat, kehilangan bapa tinggal kesan mendalam buat Fahrin Ahmad

KEHILANGAN bapa tercinta meninggalkan kesan yang cukup besar buat pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad.

Bagaikan hilang kata, Fahrin, 46, memberitahu hatinya rapuh selepas bapanya Allahyarham Ahmad Atil meninggal dunia pada Jumaat lalu.

“Satu lagi kehilangan yang saya tak mampu gambarkan perasaannya.

Fahrin membantu uruskan jenazah.

“Seakan kuat pada zahirnya tapi untuk yang ini hati saya terlalu rapuh yang hanya Tuhan mengetahui,” katanya.

Fahrin menulis luahan tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, Kajang pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Fahrin Ahmad meninggal dunia di IJN

ARTIKEL BERKAITAN:22 tahun jadi anak seni, Fahrin Ahmad belum pernah terima penghargaan… “Saya berkarya bukan untuk kejar anugerah”

Pada hantaran berkenaan, Fahrin turut berkongsi foto sekitar majlis pengebumian arwah yang dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai.

Malah pengacara program Wanita Hari Ini itu mengimamkan solat jenazah arwah bapanya sebelum proses pengebumian.

Sebagai kenang-kenangan, Fahrin turut memuat naik foto terakhir bersama bapanya ketika sambutan Aidilfitri pada April lalu.

Fahrin sendiri mengimamkan solat jenazah.

Jumaat lalu, Fahrin memaklumkan mendapat perkhabaran duka bapanya meninggal dunia ketika sedang menghadiri sebuah acara di Pasir Gudang, Johor.

Dia kemudian meninggalkan acara berkenaan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Fahrin bagaimanapun tidak memaklumkan punca kematian bapanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top