SESI bersenam seorang wanita di sebuah gim berhampiran kolam renang bertukar menjadi insiden panas dan menyakitkan hati setelah dia didatangi seorang kanak-kanak lelaki yang berkelakuan biadab.
Kisah tersebut dikongsikan individu dengan nama Kay Rashid menerusi satu hantaran di TikTok.
Menurut Kay, dia pada awalnya dia berasa terganggu apabila seorang budak lelaki mula mengetuk-ngetuk cermin gim dari luar.
Aktiviti kecergasan wanita ini terganggu dek tindakan biadab seorang kanak-kanak.
“Saya memang sudah geram, apa fasal nak ketuk-ketuk? Lepas tu dia tunjuk f*ck (isyarat jari tengah) dengan muka tak bersalah. Tak apa… mak tak ajar ye, makcik ni ajarkan,” katanya.
Tidak mahu membiarkan kelakuan itu berlalu begitu sahaja, Kay terus keluar dari gim dan menuju ke arah kolam renang untuk mendapatkan penjelasan.
“Saya tanya, anak siapa ni? Sebab ada tiga orang mak dekat situ. Seorang akak tu cakap itu anak dia.
“Saya cakap, maaf kak, saya kena ajar anak akak. Kurang ajar sangat tunjuk jari tengah ni,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Suami isteri bengang budak meraung dalam feri! Anggap mak ayahnya tak pandai ajar anak, terlalu berlembut sampai dipijak kepala
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita hambat balik anak-anak jiran, geram perangai kurang ajar! Tak cukup buka peti sejuk ambil makanan, siap selongkar bilik tidur
Tambahnya, ibu kepada kanak-kanak tersebut tidak menghalang tindakannya dan dilihat seolah-olah memberi keizinan untuk menegur anaknya sendiri.
Kay kemudiannya memaksa budak lelaki terbabit keluar dari kolam dan mendesaknya untuk memohon maaf atas perbuatan tersebut.
Namun begitu, pada mulanya budak lelaki itu didakwaenggan bekerjasama dan memberi pelbagai alasan.
“Dia kata kawan-kawan sebelah suruh buat. Saya cakap tak payah nak salahkan orang lain. Awak buat, awak kena tanggung.
Budak sekarang memang lebihdengar cakap orang lain berbanding mak dia sendiri.
NETIZEN
“Saya suruh dia minta maaf, tapi dia susah nak cakap. Mak dia jerit dari jauh suruh minta maaf. Lepas minta maaf, dia terus nak pergi masuk kolam.
“Saya cakap duduk sini, salam tangan dan minta maaf,” ujarnya lagi menceritakan semula situasi yang berlaku.
Malah, Kay turut memegang lengan dan dagu kanak-kanak itu untuk memastikan dia benar-benar ikhlas ketika meminta maaf dan memandang wajahnya secara langsung.
Sebelum keluarga itu beredar, Kay turut memberikan ‘amaran’ terakhir dengan memandang tajam dari pintu gim bagi memberi peringatan agar budak itu tidak mengulangi perbuatan sama.
Komen netizen di TikTok.
Hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan Kay memberi pengajaran terhadap kanak-kanak tersebut.
“Rasa hormat pada mak budak tu. Kalau anak salah, jangan dibela ya.
“Bagus mak dia. Biasa budak macam ni kalau dah balik rumah nanti, mak tambah ‘perisa’ lagi.
“Budak sekarang memang lebihdengar cakap orang lain berbanding mak dia sendiri,” komen beberapa netizen.