RSS Suria

Kakak curi data peribadi, salah guna salinan MyKad adik buat pinjaman ah long! Wanita terketar-ketar dapat mesej ugutan

LAPORAN berita serta perkongsian di media sosial tentang risikopinjaman ah long sememangnya menggerunkan sesiapa sahaja.

Merasai pengalaman itu, seorang wanita berkongsi bagaimana dia menerima mesej ugutan daripada pihak pemiutang.

Mengakui terkejut dan trauma dengan mesej yang diterima, wanita dikenali sebagai Ain berkatapinjaman kewangan daripada syarikat tidak berlesen itu sebenarnya dilakukan kakaknya.

Malah ia dilakukan tanpa pengetahuannya mahupun keluarga.

Masalah yang dialami membuatkan seseorang itu cuba mencari jalan penyelesaian. -Gambar hiasan

Masalah yang dialami membuatkan seseorang itu cuba mencari jalan penyelesaian. -Gambar hiasan

“Cerita tentang kakak yang dah lama aku benci dan selalu buat masalah dalam keluarga. Hari iniaku dapat WhatsApp daripada seorang pemiutang loan.

“Dia mesej aku… puan F tak bayar loan, you sebagai penjamin kena selesaikan.Aku terkejut,” ujarnya yang cuba mendapatkan nasihat daripada warga maya.

Menurut Ain, kakaknya itu mempunyai salinan MyKad miliknya dan dipercayai menyalahgunakannya untuk membuat pinjaman kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Terlalu cinta isteri sampai sanggup pinjam Ah Long tapi bercerai jua! Suami penyayang sedih pengorbanan tak dihargai

ARTIKEL BERKAITAN:Ah long bebas ugut, simbah cat rumah orang macam tiada undang-undang! Penghuni tak pernah pinjam wang pun jadi mangsa

Situasi dialaminya itu membuatkan dia mempunyai rasa bimbang melampau sehingga tubuhnya terketar-ketar.

Bukan itu sahaja, seluruh keluarganya juga turut menjadi sasaran syarikat pinjaman kewangan berkenaan.

Susulan itu, dia meluahkan kebimbangan tentang keselamatan ibunya yang kini berada di kampung halaman.

Sekarangsatu keluarga kami kena gertak, saya jadi tak tenang fikirkan emak di kampung.

PENGADU

“Aku tak boleh berdepan perkara macam ni. Hal mengejut ni buataku jadi ketar-ketar… tolong tenangkan.

“Saya dah buat laporan polis dan jumpa pegawai penyiasat. Dia pun dah hubungi balai negeri tempat kakak saya tinggal, cuma sekarang ni dia suruh biarkan je WhatsApp tu.

“Sekarangsatu keluarga kami kena gertak dengan mereka, kami sekat pun masih ada nombor lain, saya jadi tak tenang fikirkan emak di kampung,” luahnya lagi.

Tambah Ain, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada kakaknya namun wanita itu dan suaminya itu hanya memintannya jangan membuat laporan polis.

Warga maya berkongsi pengalaman dan tindakan yang boleh diambil.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita ini.

Malah ada yang menyifatkan kakaknya sebagai ‘lintah’ dan berharap masalah keluarga dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

“Begitulah hidup dengan lintah walau adik-beradik. Pergi jaga diri sendiri sebelum rasa kesian dekat kakak sebab ah long tak akan berhenti kacau walaupun dah buat laporan polis setiap bulan.

“Saya ada terima ugutan juga sebab pekerja yang pinjam, dia kata saya penjamin kerana ada nama pada payslip.

“Kalau peminjam tak bayar memang dia cari waris-waris, saya dah lalui, semua adik-beradik perempuan saya kena sampai ke rumah lama kita orang. Dekat Facebook pun suruh bayar,” demikian perkongsian warga maya.

Scroll to Top