GURU bukan sekadar berfungsi sebagai penyampai ilmutetapi juga bertindak sebagai teladan dalam kehidupan generasi muda.
Justeru mereka perlu menjadi contoh terbaik agar murid dapat meneladani sikap dan nilai murni yang ditunjukkan.
Begitulah yang dilakukan wanita ini apabila terpilih menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah.
Berkongsi cerita di media sosial, dia yang dikenali sebagai cikgu Rose berkata, perang psikologi dilakukannya terhadap seorang murid yang disifatkan sebagai terlampau biadab.
“Aku pernah jadi cikgu ganti dan betul ada murid perangai dia super biadab… kaki atas meja masa aku mengajar, budak perempuan pula tu.
Seorang pendidik perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan
“Dia ejek-ejek aku dekat belakang, apa aku buat? Mula-mula aku tegur, aku marah… kemudian aku palau, aku buat tak tahu dengan dia, aku perang psikologi,” luahnya berkongsi tindakan yang dilakukan.
Menurut wanita ini, dia bukan sahaja ‘mengabaikan’ murid terbabit tetapi turut memalingkan muka daripada memandangnya.
Pada masa sama, dia memberi perhatian kepada murid-murid yang lain termasuk memberi hadiah gula-gula apabila membuat kuiz.
“Dengan budak-budak lain aku ajak bermain bergelak sama-sama. aku bagi gula-gula pada siapa yang tak malu nak jawab soalan aku walaupun salah.
ARTIKEL BERKAITAN:“Bapa awak sakit je kan? Bukan meninggal?” – Murid diherdik lambat bayar yuran, malu sampai sukar maafkan guru
ARTIKEL BERKAITAN:Tambah kerja cikgu… Ibu bapa hadir mesyuarat PIBG minta guru maklum ‘homework’ anak dalam grup WhatsApp
“Dia aku palau… muka dia pun aku tak pandang, kemudian dia nangis-nangis minta maaf pada aku,” ujarnya yang berjaya mengubah sikap biadab murid terbabit.
Susulan permohonan maaf yang dilakukan, dia kembali bermesra dengan murid terbabit sama seperti yang lain.
Malah dia bersyukur kerana ‘pelajaran’ yang diberikan dapat memperbaiki sikap murid berkenaan.
“Aku palau budak tu bukan selamanya ya… aku palau sampai dia sejuk, sampai aku rasa aku boleh melentur dia.
Jadi cikgu kena banyak-banyak sabar, kita didik manusia, banyak ragamnya.
PENGADU
“Agak-agak dia dah jinak, aku lentur dia. Palau dia supaya dia tahu tindakan dia tu boleh buatkan orang lain tak selesa, tak suka dan tak akan beri perhatian.
“Jadi cikgu kena banyak-banyak sabar, kita didik manusia, banyak ragamnya,” ujarnya lagi.
Baginya, didikan dengan cara kasar seperti menengking bukanlah kaedah terbaik kerana ia akan membuatkan pelajar semakin membenci guru.
Tambahan pula dia pernah melalui episod begitu semasa zaman persekolahan yang membuatkannya trauma meskipun selepas 20 tahun berlalu.
“Kenapa aku tak balas semula dengan biadab, tengking budak tu? Sebab aku pernah kena zaman sekolah dulu, dibenci tanpa sebab.
“Aku taknak buat perkara yang sama dekat budak-budak lain sebab luka zaman sekolah dulu masih berdarah walaupun dah 20 tahun berlalu,” tambahnya mengimbau kejadian di zaman persekolahan.
Warga maya turut bersetuju dengan cara yang dilakukannya.
Malah katanya, bahagia seorang guru adalah apabila dapat mendidik anak murid yang negatif kepada positif.
Pengalaman yang dikongsikannya mendapat maklum balas daripada warga maya.
Ramai yang bersetuju dengan caranya termasuk beberapa individu bergelar pendidik.
“Saya buat perkara sama, kemudian baru nampak dia nak dekati kita perlahan-lahan dan sertai diri dalam aktiviti kelas. Dia nak tidur atau buat apa, memang saya palau, akhirnya dia yang datang.
“Jangan cerita semua, tak semua orang boleh terima pengalaman kita berhadapan dengan murid biadab walaupun yang melalui tu kita.
“Budak macam ni jangan dilawan. Kasi psiko je, pakcik saya pun cakap perkara sama, sebab kalau marah, dia tak nak dengar pun,” demikian reaksiwargamaya.