RSS Suria

Laptop melayang ke muka, bos mengamuk kerani kewangan buka surat kad kredit tanpa izin

MEMBUKA surat orang lain tanpa kebenaran adalah tindakan yang salah dan dianggap melanggar hak privasi.

Malang menimpa seorang wanita apabila dia menjadi mangsa amukan majikan selepas membuka sepucuk surat yang pada awalnya dipercayai ada kaitan dengan syarikat.

Lebih memburukkan keadaan majikan itu bertindak kasar hingga mencederakan pekerja terbabit.Rakaman CCTV majikan menampar komputer riba terkena muka pekerja.

Rakaman CCTV majikan menampar komputer riba terkena muka pekerja.

Susulan itu mangsa berusia 24 tahunmembuat laporan polis dan menyatakan tujuannya membuka surat itu kerana menyangka iaberkaitan bidang tugasnya dalam unit kewangan.

“Sebagai kerani kewangan syarikat saya membuka surat tersebut dan mendapati ia adalah surat kad kredit majikan.

ARTIKEL BERKAITAN:Sakit hati tak dapat korek rahsia resipi bakso, bos mengamuk dalam kedai… Hina tukang masak depan pelanggan!

ARTIKEL BERKAITAN:“Keluar kau dari sini” – Majikan ‘angin’ pekerja tak capai sasaran, ugut tak mahu bayar gaji kalau gagal

“Saya terus menutup semula surat tersebut dan meletakkannya di atas meja majikan.

“Apabila dia sampai di pejabat dan mendapati surat dalam keadaan terbuka, terus dia datang memarahi saya,” katanya seperti yang tertera dalam laporan polis tular di media sosial.

Kejadian berkenaan berlaku di Kawasan Perindustrian Silibin,Ipoh, Perak pada 22 Mei lalu.

Memang adik tu salah tapi jangan marah melampau sangat.

NETIZEN

Dalam laporan sama pekerja wanita terbabit memaklumkan dia ada meminta maaf namun majikannya tetap berang hingga menolak komputer riba yang sedang digunakannya.

Tindakan itu menyebabkan kerani kewangan itu cedera di muka dan menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Kejadian berkenaan juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang kini tular di media sosial.

Reaksi netizenReaksi netizen

Sementara itu di ruangan komen, netizen berpandangan kedua-dua pihak bersalah.

“Ini pendapat saya, bos dia salah sebab melakukan sentuhan dengan mengamuk sampai tolak laptop. Staf pula buka surat tanpa izin.

“Sabar bukan mudah jadi bos. Apa yang marah sangat sampai hentak barang, buka surat ja pun.

“Memang adik tu salah tapi jangan marah melampau sangat,” kata warga maya.

Scroll to Top