RSS Suria

Takut tak menyerlah di pejabat, ‘ladyboss’ halang staf perempuan pakai minyak wangi sama… Nak hak eksklusif wangian kayu!

SELAIN penampilan dan rupa paras, seseorang itu juga boleh dikenali menerusi wangiannya.

Menerusi satu hantaran, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia tidak dibenarkan memakai wangian yang sering digunakannya.

Ia berikutan haruman tersebut turut dipakai oleh pengurus atasannya.

Suasana toksik di pejabat membuatkan pekerja berada dalam keadaan tertekan dan stres. -Gambar hiasan

Suasana dan ruang kerja yang sihat dapat meningkatkan produktiviti. -Gambar hiasan

Berkongsi situasi yang dialami, ujarnyadia gemar menggunakan minyak wangi yang memiliki aroma utama dari bahan-bahan kayu sehingga mendapat perhatian individu terbabit.

“Aku pakai minyak wangi pergi kerja, dia (ketua) tanya jenis apa. Aku pun maklumkan dan dia beli.

“Kemudian dia pula pakai pergi kerja, aku pun puji wangi… mestilah aku puji sebab aku suka bau tu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak tahan ‘ladyboss’ asyik ’emo’ di ofis, staf tukar doa dalam solat! Mohon suami bos sayang isteri macam bidadari

ARTIKEL BERKAITAN:Terdesak cari duit bantu ibu, wanita cuba bertahan kerja dengan bos toksik – “Sangat penat… terlalu menekan jiwa”

Menurut wanita ini, dia sering menggunakan bauan tersebut pada setiap hari Jumaat.

Bagaimanapun, pada minggu lalu dia dihalang untuk terus memakai haruman tersebut.

Ambil perfume tu semburkan kat jamban supaya bau dia sama denganjamban.

WARGA MAYA

“Hari ini (Jumaat) aku pakai minyak wangi tu sebab setiap Jumaat aku akan pakai yang asasnya kayu-kayan.

“Kemudian dia (pengurus atasan) panggil aku masuk pejabat, aku ingatkan cakap pasal kerja.

“Rupa-rupanya nak larang aku pakai minyak wangi tu sebab katanya dah jadi signature scent dia,” luahnya yang turut geram dengan sikap individu terbabit.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Malah ada yang menganggap pengurus atasannya itu bersikap kebudak-budakan.

“Cuba sis hadiahkan miniature perfume sama kat rakan pejabat yang lain, biar mereka pun pakai… ramai-ramai baru meriah.

“Ambil perfume tu semburkan kat jamban supaya bau dia sama dengan bau kat jamban.

“Dia punya bimbang orang kenal you disebabkan haruman tu, dia pakai dan tak bagi you pakai.

“Dulu aku tak suka orang yang tahu aku guna perfume apa, sampaikan kalau datang kerja je bau aku sampai dulu pada dia orang. Tapi aku berhenti pakai lepas suami-suami orang selalu puji minyak wangi aku,” demikian perkongsian warga maya.

Scroll to Top