RSS Suria

Wanita mengamuk minta putus, tuduh BF tiada empati bapa baru meninggal – “Kau sibuk hantar selfie, buat lawak bodoh!”

KEHILANGAN orang tersayang sememangnya berat untuk ditanggung oleh sesiapa sahaja.

Lebih-lebih lagi yang meninggalkan kita itu adalah individu paling rapat seperti pasangan, anak atau ibu bapa.

Seorang wanita yang kehilangan bapa tersayang mengakui berada dalam fasa yang cukup menderita.

Kehilangan insan tersayang amat memeritkan. -Gambar hiasanKehilangan insan tersayang amat memeritkan. -Gambar hiasan

Namun ketika dia mengharapkan teman lelaki menjadi individu yang boleh memahami dan memberi sokongan moral, perkara sebaliknya berlaku.

“Semenjak bapaaku meninggal, aku jadi tawar hati dengan teman lelaki. Rasa tak nak kahwin dah.

“Aku hilang diri aku sendiri. Ya Allah, aku tak tahu nak buat mcm mana lagi,” katanya menerusi media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih 2 bulan cincin dipulangkan tanda putus, pemuda masih tak ‘move on’! Terus desak mak ayah bekas tunang bersemuka

ARTIKEL BERKAITAN:Influencer nekad putuskan hubungan, tak tahan teman lelaki ketiak busuk

Dalam perkongsian sama dia turut berkongsi mesej marah dan rasa kecewanya yang dihantar kepada teman lelakinya itu.

“Kau tak pernah ada waktu akususah. Aku hilang bapakot…bapaaku sendiri. Kau tak faham sebab kau tak kena.

“Lepas tu sibuk hantar selfie la, puji diri sendiri handsome…buat lawak bodoh.

“Kau ingat aku ada masa nak fikir pasal kau? Bapaaku mati dah,” tulisnya.

Faham tengah sedih tapi jangan la maki dia macam tu.

NETIZEN

Menerusi deretan mesej yang dikirimkan menerusi WhatsAppa itu juga wanita berkenaan menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan.

“Sejak awal dia sakit aku ajak kau kahwin. Tapi kau lambat-lambatkan.

“Ni bapaaku dah tak da, nak kahwin buat apa lagi. Tak payah kahwin, putus,” katanya dalam nada marah.

Reaksi netizenReaksi netizen

Netizen dalam pada itu berpandangan, lelaki berkenaan sebenarnyabergurau untuk menghiburkan hati teman wanitanya yang sedang berduka.

“Dia cuba nak gembirakan kau dengan buat lawak bodoh tapi kau marah.

“Dia selfie ja kot. Faham tengah sedih tapi jangan la maki dia macam tu,” katanya.

Scroll to Top