MEREKA yang berdepan masalah mental sememangnya memerlukan sokongan orang sekeliling untuk terus kuat meneruskan hidup.
Di lama X, seorang individu turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah mengenai tunangnya yang menghidap masalah sama.
Kata pengadu, dia kini penat kerana terpaksa berkorban banyak perkara demi menjayakan majlis perkahwinan mereka.
Masalah kewangan boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan
“Apa patut saya buat, tunang saya ada masalah mental.Dia selalu berhenti kerja sebab stress and anxiety. Saya cuba tolong macam-macam dan saya kerja lebih masa.
“Saya cuba buat benda baru untuk mencukupkan wang kahwin. Saya kecewa sebab dia kerap mengeluh tentang kos persiapan perkahwinan.
“Dia selalu marah sebab saya kepenatan. Saya penat sebab saya kerja lebih masa, bantu kerja dia dan ibu bapa,” tulis individu yang tidak mendedahkan jantinanya itu.
Saya selalu pujuk dia jumpa pakar psikiatri tapi dia akan cabar saya tinggalkan dia.
PENGADU
Dakwa pengadu, tunangnya itu juga kerap membuat ugutan sekiranya diberi nasihat untuk mendapatkan rawatan.
“Saya selalu pujuk dia jumpa pakar psikiatri tapi dia akan cabar saya tinggalkan dia. Dia juga selalu ugut nak lari atau bunuh diri. Bagaimana saya boleh bantu dia?
“Saya selesaikan semua atas sebab ihsan. Sebab dia gaji sikit. Sebab saya daripadabroken family. Dia jadi lemak, ambil kesempatan,” tulis pengadu itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Didiagnos 3 penyakit mental… Pemuda pulih diri sendiri tanpa makan ubat, tak pergi klinik – “Sakit ni ciptaan fikiran aku je”
ARTIKEL BERKAITAN:Bunyi bising peneman tidur… Wanita kongsi realiti kehidupan pesakit mental, suasana sunyi ‘musuh’ utama depresi!
Di ruangan komen, netizen memberi pesanan kepada individu itu agar dia terus kuat dan sabar membantu tunangnya.
Pada masa sama, ramai juga yang memberi nasihat kepadanya agar tidak meneruskan hubungan berkenaan.
“Tinggalkan je. Ex aku pun suka guna modal mental healthsetiap kali perangai tak guna dia keluar.
Banyak wang perlu dibelanjakan untuk menjayakan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan
“Bukan tugas awak untuk jaga dia sebenarnya. Tu semua tanggungjawab mak ayah dia sejakmula-mula dia sakit lagi. Lari anon…lari.
“Kau daripada broken family dan sekarang tunang kau macam tu? Kau nak wariskan broken family pada anak kau ke?
“Baru tunang dah buat kau tertekan. Kalau kahwin nanti, double stress dibuatnya. Nasihat aku lari saja,” tulis netizen.