SETIAP ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk setiap zuriat yang dilahirkan.
Bagaimanapun, cara yang ditunjukkan kadang kala disalah tafsir oleh anak-anak sehingga menyebabkan mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan persepsi.
Menerusi satu hantaran, seorang remaja perempuan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibunya dan mendakwa wanita itu ‘mengawal’ wang Bantuan Zakat Dermasiswa Pelajaryang diterima sebanyak RM3,000.
Perbualan WhatsApp yang dikongsikannya di media sosial.
Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, si ibudilihat mengingatkan anaknya supayafokus dalam pengajian bagi membolehkan dia berjaya menghafazal-Quran dan memperoleh 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas dimaklumkantentang jumlah zakat yang diterima.
Terdahulu, gadis itu ada menyatakan hasratnya untuk membeli sebuah peranti bernilai RM1,380 dengan menggunakan sebahagian duit dermasiswa yang diperolehi tetapi ibunya lebih menegaskan tentang hafazan dan keputusan cemerlang.
ARTIKEL BERKAITAN:Pasangan kahwin muda mohon zakat sebab malas kerja! Sebelum ini ‘dibela’ mak ayah… Bapa bawa Grab, malam jadi ‘guard’
ARTIKEL BERKAITAN:Selesa terima elaun RM1,500 sebulan, ibu halang anak perempuan umur 34 tahun kahwin… Beri alasan tak masuk akal
“Rasa terkilan juga, kita yang dapat zakat tu sebab layak.
“Kita yang usaha untuk jadi orang yang layak dapat zakat, tapi kenapa dia (ibu) yang kena tetapkan boleh guna atau tidak?
“Faham, dia ibu bapa kita tapi kenapa… kita bukan minta duit dia,” luahnya di media sosial.
Sebagai seorang yang mempunyai anak sebaya awak, makcik rasa sedih sangat dengan cara awak.
WARGA MAYA
Bukan sahaja mempersoalkan tindakan ibu bapayang dianggap mengawal perbelanjaan dan urusan kewangannya, dia juga seolah-olah memberontakkerana menganggap belajar dan menghafal al-Quran sebagai sukar.
Malah katanya, dia juga perlu mengambil 11 subjek untuk SPM dan sering menangis gara-gara tertekan.
Segelintir warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.
“Kita yang banyak kali menangis, senang-senang dia nak kita khatam cepat dan dapat straight A’s untuk SPM,” ujarnya yang belajar di sebuah sekolah maahad tahfiz di Selangor.
Luahannya itu ternyata mendapat perhatian warga maya.
Namun malangnya, dia dikritik dan dituduh memburuk-burukkan ibunya sedangkanwanita itu dilihat hanya mengambil berat tentang sesi pembelajarannya.
“Betul dah concern ibu ayah awak sebab biasiswa berkait rapat dengan hafazan awak, dia tak cakap tak bagi tapi dia cuma ingatkan pasal hafazan.
“Mereka ibu ayah awak, sekadar ingatkan tentang matlamat kita dan sentiasa memberi nasihat. Satu hari nanti awak akan faham yang mereka nak bantu awak uruskan duit dengan baik.
“Sebagai seorang yang mempunyai anak sebaya awak, makcik rasa sedih sangat dengan cara awak.
“Tak nampak pun macam mereka halang, dalam fahaman saya dia izinkan beli, asalkan tak lupa belajar dan khatam hafazan. Itu nasihat yang baik,” demikian antara pandangan warga maya.