RSS Suria

Selalu ucap Alhamdulillah, Andre Goh disangka Muslim

SINONIM dengan nyanyian lagu Melayu asli, ramai yang menganggap penyanyi veteran Datuk Andre Goh sudah memeluk agama Islam.

Menafikan dakwaan itu, Andre atau Goh Eng Boon, 78, berkata memahami tanggapan masyarakat kerana sering dikelilingi individu beragama Islam.

Kata Andre, dia masih lagi menganut agama Buddha meskipun enam daripada 15 adik-beradiknya sudah memeluk Islam.

Andre mengakui kehidupannyasering dikelilingi individu beragama Islam.

“Ramai yangs sangka saya memeluk agama Islam sebab ramai adik-beradik sudah jadi Muslim. Saya pula memang penyanyi lagu asli Melayu.

“Dalam 15 orang ini ada 6 orang masuk Islam tetapi saya tidak, saya masih beragama Buddha,” katanya kepada mStar.

Tambah penyanyi ini sejak kecil dia juga sudah terbiasa berkawan dengan bangsa Melayu dan tiada masalah untuk faham akan budaya sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Kenji Sawahi sedang dalami Islam, berguru dengan ‘Pak Haji’… “Kalau Tuhan izinkan”

ARTIKEL BERKAITAN:10 tahun peluk Islam, suami Lana Nodin tunjuk banyak perubahan… Jaga solat dan mampu didik anak ilmu agama

Malah disebabkan itu Andre juga fasih menyebut kalimah seperti Alhamdulillah atau insya-Allah.

“Selama ini saya memang berkawan dengan ramai kawan-kawan bangsa Melayu. Bila malam kawan-kawan pergi mengaji saya tunggu bawah rumah,” ceritanya.

Andre bagaimanapun tidak berkecil hati meskipun ramai yang mengharapkannya untuk memeluk agama Islam.

Ujar Andre, apa yang penting adalah bagaimana seseorang individu itu membawa diri kerana setiap agama mengajar mengajar umatnya menjadi lebih baik.

Andre menganggap setiap agama mengajar umatnya menjadi lebih baik.

Untuk info, Andre merupakan penyanyi bukan Melayu yang cukup terkenal menyanyikan lagu-lagu irama Malaysia.

Andre masih aktif dalam bidang seni dan pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara (1982) daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekkWa) pada 2006.

Antara lagu-lagu popular nyanyian Andre termasuk Mas Merah, Sabariah, Sejak Kita Berpisah dan Harapan Kecewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top