RAMAI peminat penyanyi G-Dragon hampa apabila tidak dapat membeli tiket konsert Ubermensch 2025 World Tour yang bakal berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Apa lebih membuatkan peminat berang, terdapat individu mengambil kesempatan menjual semula tiket konsert tersebut dengan harga tidak masuk akal.
Bagi barisan pertama bahagian VVIP, ia dijual semula dengan harga RM28,000 sedangkan harga asal hanya RM1,339.
Peminat kecewa ada pihak menjual semula tiket konsert G-Dragon dengan harga tidak masuk akal.
Dalam pada itu, peminat mula meluahkan rasa tidak puas hati di X dan menyifatkan penjualan semula tiket konsert dengan harga berganda adalah sangat melampau.
“Nampaknya ada rekod terbaharu untuk harga tiket konsert paling mahal.
“Barisan VVIP 1 berharga RM28,000, malah kerusi di CAT1 juga meningkat sehingga RM4,000,” tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN:Bukan lagi mimpi, konsert G-Dragon di KL selama 2 hari Julai depan
ARTIKEL BERKAITAN:Selamba pakai jubah mandi di tempat awam, netizen label G-Dragon sakit mental
Konsert ini adalah sebahagian daripada Ubermensch World Tour yang akan membawa G-Dragon ke beberapa negara di seluruh dunia seperti Jepun, Indonesia, Hong Kong dan Taiwan.
Tiket bagi kedua-dua hari di Axiata Arena habis terjual sejak ia dibuka untuk jualan pada Khamis.
Konsert jelajah itu sebagai menyokong album studio ketiganya berjudul Ubermensch yang dilancarkan pada awal Februari 2025.
G-Dragon juga dijadualkan membuat persembahan di Singapura Grand Prix 2025 pada 3 Oktober depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策