RSS Suria

Kereta kena conteng, cermin sisi kena lipat… Penduduk salahkan pemiliik letak kereta merata-rata

ISU berebut parkir sudah jadi perkarabiasabagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan flat.

Ada yang meletakkan kon, kerusi dan batu sebagai tanda parkir berkenaan sudah bertuan bagi mengelak orang lain memarkirkenderaan.

Namun, situasi yang dilalui seorang wanita sangat menyakitkan hatinya kerana keretanya menjadi mangsa vandalisme.

Keadaan kereta yang dirosakkan kerana berebut parkir.Keadaan kereta yang dirosakkan gara-gara berebut parkir.

“Terima kasih kepada makhluk tuhan yang conteng dan kepakkan side mirror (cermin sisi) kereta atas sebab saya parkir dekat kawasan yang awak selalu cop (tanda) pakai kerusi.

“Saya parkir pun sebab kosong kat tempat tu bukan saya main parkir,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hidup jangan susahkan orang” – Lelaki ditegur pakcik jiran sebelah rumah, marah parkir kereta depan pagar sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Jangan masuk kawasan jiran, parkir kereta dalam pagar rumah orang… Penceroboh boleh didakwa!

Berdasarkan gambar yang dikongsi dapat dilihat cermin sisinya dilipat, selain bahagian pintu diconteng dengan cat bertulis ‘nak parking bro’.

Katanya laporan polis sudah dibuat serta dia juga turut mengajukan aduan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Dua-dua salah di sisi undang-undang.

PENDUDUK

“Kalau nak ada parkir sendiri pergi pindah kondo ada lot parkir sendiri,” katanya.

Perkongsian itu mendapat reaksi penduduk di kawasan itu yang mendakwa wanita itu juga bersalah kerana menghalang lalu lintas.

Reaksi netizenReaksi netizen

“Maaf cakap tapi tempat tu bukan tempat parkir kereta. Nak letak kereta belah belakang.

“Kes macam ni orang tak kan ambil tindakan sebab salah sendiri.

“Polis layan ke? Sebab dua-dua salah di sisi undang-undang. Satu rosakkan harta benda dan satu lagi parkir merata-rata,” antara komennetizen.

Scroll to Top