TIDAK banyak berkongsi kisah peribadi di sosial media, pelakon Hafreez Adam menganggap ia adalah langkah terbaik bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan peminat.
Pernah berdepan pelbagai komen, membuatkan Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 35, selesa menghadkan hantaran di platform berkenaan hanya untuk urusan kerja.
“Hampir dua tahun juga saya sudah tidak begitu aktif di media sosial. Kalau diperhatikan betul-betul Instagram saya, orang mungkin susah untuk melihat perkongsian kisah peribadi saya sendiri.
Hafreez tidak banyak menghabiskan masa di media sosial.
“Awal-awal dulu waktu saya berlakon orang cakap saya sombong, bila saya mula berkongsi di media sosial orang mengata juga.
“Kadang-kadang kalau kita kongsi walaupun dengan niat baik tapi tak semua boleh terima. Jadi saya belajar daripada situ, bukan semua perkara orang perlu tahu,” katanya kepada mStar.
Hafreez berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN:Asyik jadi anak orang kaya, Hafreez Adam teringin bawa watak jahat… Sanggup ubah penampilan jika diminta
ARTIKEL BERKAITAN:Melukis beri kepuasan kepada Hafreez Adam, tak sangka ramai berminat buat tempahan sehingga jana pendapatan
Tambah pelakon ini dia juga cuba untuk tidak terlalu banyak menghabiskan masa aktif di sosial media.
Menurut Hafreez keutamaan kini adalah untuk diri sendiri selain bersama keluarga.
“Kalau tiada urusan kerja, saya lebih beri fokus pada diri sendiri kerana saya sedar kita boleh hilang semuanya dalam sekelip mata. Jadi biarlah saya fokus kehidupan lebih baik.
“Saya mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga. Bila habis waktu bekerja saya akan teru pulang ke rumah,” ujarnya.
Hafreez mahu memberikan fokus terhadap kehidupannya sendiri.
Dalam perkembangan lain, Hafreez bakal muncul menerusi filem Gantung: Musketeer Code yang diadaptasi daripada novel buku Fixi berjudul Gantung karya Nadia Khan.
Selain Hafreez, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon termasuk Ikmal Amry, Ben Amir, Brandon Salim, Shazia Rozaini dan Taufiq Hanafi.
Filem Gantung: Musketeer Code akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 5 Jun ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策