KONFLIK harta pusakayang ditinggalkan si mati sering menjadi punca perbalahandalam kalangan keluarga, suami atau isteri.
Hal sama diluahkan seorang balu yang berasaterkilan dan tertekan dengan sikap keluarga mentua selepas suaminya meninggal dunia.
Kata wanita itu dia buntu kerana keluarga arwah suaminya menuntut agar kereta yang digunakannya pada ketika inidifaraidkan.
Isu perebutan harta pusaka akan berlaku apabila berlaku kematian. -Gambar hiasan
“Saya nak bertanya berkenan faraid setelah kematian suami.
“Boleh ke pihak ibu mentua (salah seorang pewaris) buat tuntutaningin dapatkan bahagian faraid sebuah kereta yang masih dalam pinjaman?
“Kereta berkenaan atas nama saya, bukan nama arwah suami,” terang wanita berkenaan menerusi sebuah grup Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN:Main sentimen ‘hak isteri’, mak bolot harta arwah ayah… Berani tolak kaedah faraid, siap nak palsukan tandatangan anak-anak
ARTIKEL BERKAITAN:“Jadi janda kaya, menonong kahwin lain!” – Kakak ipar cemburu arwah adik tinggal hibah RM300,000 untuk isteri, beria suruh faraid
Tambah wanita tersebut, keluarga mentuanya menuntut agar kereta itu difaraidkan atas alasan arwah membayar deposit sewaktu ia dibeli.
“Tapi arwahsuami hanya bayar deposit dan berapa bulan ansuran saja. Selepasitu suami koma sakit terbaring selama duatahun.
“Selebihnya saya yang bayar, termasuk segala servis, cukai jalandan insuran,” katanya.
Arwah suami bayar deposit dan berapa bulan ansuran saja, lepas itu suami koma sakit terbaring selama 2 tahun.
BALU SI MATI
Jelasnya lagi, desakan bahagian faraid kereta itu sebenarnya adalah daripada adik-beradik suaminya.
“Anak-anaknya yang banyak menuntut. Mentua akur saja.
“Cuma kena sabar sementara diuji. Memang pedih nak hadapi,” katanya.
Reaksi warga maya
Rata-rata menasihatkan pengadu supaya tabah menghadapi ujian selain menyarankan supaya dia mendapatkan pandangan pihak yang berkaitan.
Jelas mereka keluarga arwah berkemungkinan berhak ke atas sebahagian daripada nilai kereta berkenaan kerana pernah mengeluarkan bayaran deposit.
“Keluarga arwah tak boleh buat permohonan faraid bagi harta yang bukan atas nama si mati.
“Kecuali tuntutan harta sepencarian sekiranya si mati ada sumbangan secara langsung,” demikian terang salah seorang pengguna Facebook.