SEORANG wanita berdepan detik sukar selepas melahirkan anak apabila dia diuji dengan pelbagai cabaran dalam tempoh berpantang.
Selain mengalami komplikasi kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital, dia sekeluarga juga kehilangan sumberrezeki.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, dia memaklumkan suaminya diberhentikan kerja secara mengejut hanya sehari selepas dia dibenarkan pulang ke rumah.
“Alhamdulillah Allah bagi apa yang kita nak. Nak baby, Allah beri… Tapi ujiannya,” tulis wanita itu di TikTok.
Berpantang memerlukan lebih penjagaan dari segi mental dan fizikal. -Gambar hiasan
Seminggu selepas bersalin pada 6 Mei lalu, dia mengalami komplikasi apabila luka pembedahan terpaksa dibuka semula akibat jangkitan kuman dalam darah.
Disebabkan itu, diaditahan di hospital selama 15 harisekali gus terpaksa berjauhan denganbayi yang ketika itu baru berusia seminggu.
Namun, belum sempat wanita inipulih sepenuhnya, satu lagi dugaan besar datang menimpa apabila suaminya mendapat perkhabaran buruk bahawa diadiberhentikan kerja serta-merta.
“Terpaksa tinggalkan anak termasuk bayi berusia tujuh hari dengan suami. Emosi ibu pun tak stabil.
ARTIKEL BERKAITAN:Berang bersalin czer, suami terus tinggalkan isteri… Anggap tubuh dah rosak – “Orang bodoh je nak operation”
ARTIKEL BERKAITAN:2 jururawat buat live TikTok ketika bertugas, sempat baca komen ketika jahit pesakit bersalin czer
“Selepas balik, esoknya suami beritahu dia diberhentikan kerja 24 jam. Allah nak uji, tanda sayang. Allah je tahu perasaan dia macam mana.
“Terima kasih suami sebab sentiasa kuat untuk saya dan anak-anak. Walaupun diberhentikan kerja tetap tak tinggal nafkah (duit belanja) untuk isteri,” jelasnya tanpa menyatakan pekerjaan suami.
Kisah wanita ini turut meraih simpati ramai netizen yang memuji sikap suaminya yang tidak lari dari tanggungjawab meskipun diuji kehilangan kerja secara tiba-tiba.
Beberapa netizen turut mempersoalkan tindakan majikan suaminya yang disifatkan kejam apabila memberhentikan pekerja tanpa sebarang notis.
Cuma kurang berpuas hati dengan alasan syarikat memberhentikan suami saya.
PENGADU
“Sesusah mana pun suami, dia tetap ringan tulang. Jaga anak, jaga isteri… tak pernah abaikan tanggungjawab, apatah lagi kewajipan agama.
“Apa salahnya kalau diberi cuti tanpa gaji? Tak perlu sampai berhentikan kerja terus. Kejam sangat,” ujar beberapa netizen.
Dalam pada itu, wanita ini juga memaklumkan bahawa dia menolak sebarang bentuk bantuan daripada orang ramai yang prihatin dengan nasib dirinya dan keluarga.
“Maaf untuk yang mesej nakberi bantuan. Saya menolak daripada menerima bantuan.
Antara komen netizen di media sosial.
“Insya-Allah cukup semuanya. Cuma kurang berpuas hati dengan alasan syarikat memberhentikan suami saya,” jelasnya.
Untuk makluman, cuti paterniti untuk pekerja sektor swasta di Malaysia telah diperkenalkan secara rasmi di bawah Akta Kerja 1955.
Bermula 1 Januari 2023, bapa yang bekerja di sektor swasta layak mendapat tujuh hari cuti paterniti berbayar, tertakluk kepada syarat seperti telah berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan di syarikat sama.
Langkah ini merupakan satu peningkatan berbanding amalan sebelumnya, di mana tiada peruntukan undang-undang khas untuk cuti paterniti dalam sektor swasta.