TANDAS merupakan kemudahan asas yang sangat penting di mana-mana premis, termasuklah restoran dan kedai makan.
Maka tidak hairanlahapabila terdapat premis yang sangat mementingkankebersihan tandas mereka dengan memastikan ia sentiasa bersih.
Bayangkan kalau anda masuk ketandas restoran yang kotor dan berbau, sudah pastiterbantut selera seperti mana dialami pelayar media sosial ini.
Ada individu gemar menikmati hidangan di restoran. -Gambar hiasan
Menerusi satu hantaran, dia yang dikenali sebagai Akmal berkata timbul rasa loyaselepas melihat keadaan tandas di sebuah restoran mamak.
Berdasarkan gambar tandas yang dikongsikan, bahagian tempat duduknya mempunyai kesan kotoran lama berwarna hitam dan keperangan seolah-olah tidak pernah dicuci.
“Tadi aku berhenti makan di satu mamak ni. Lepas habis makan, biasalah, nak guna tandas.
ARTIKEL BERKAITAN:Tak senang duduk nampak foto tandas di Kelantan kotor berlumut, wanita ugut pengguna FB – “Suami aku polis, boleh kesan mu”
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita kritik kaum sendiri ‘cantik tapi pengotor’! Kotorkan tandas, ruang dalam masjid… Telekung wakaf penuh kesan bedak
“Sekali kau tengok tandas dia, nak muntah aku. Aku terus panggil pekerja mereka dan tanya tak basuh toilet ke.
“Tapi mereka jawab basuh hari-hari,” ujarnya.
Dia yang geram dengan reaksi dan jawapan daripada pekerja terbabit kemudianmemperkenalkan diri sebagai pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebab tu perlu tandas cangkung, biar ketar lutut pun, geli tandas duduk ni… kalau pasar raya boleh lagi terima sebab ada tukang cuci.
WARGA MAYA
Malah dia turut memberi kata-kata berbaur ‘ugutan’ yang menyatakan satu surat dikeluarkan akan menyebabkan kedai ditutup sebulan.
“You tahu I siapa? I DBKL punya orang, I bagi satu surat, ini kedai tutup satu bulan… you mahu?
“Terus mereka buat rowcall bincang siapa nak cuci,” tambahnya yang berpuas hati kerana pembersihan dilakukan serta merta.
Antara reaksi warga maya berhubung hantaran yang dibuatnya.
Hantaran yang dibuatnya mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Ada yang menyatakan tandas kotor sudah jadi perkarabiasa di restoran mamak.
Tidak kurang juga yang menyokong tindakan Akmal menegur pekerja berkenaan supaya sentiasa menjaga kebersihan tandas.
“Saya sokong tindakan awak pada kedai yang tandasnya kotor, tapi saya tak sokong kalau awak tegur dengan sombong.
“Sebab tu perlu tandas cangkung, biar ketar lutut pun, geli tandas duduk ni… kalau pasar raya boleh lagi terima sebab ada tukang cuci.
“Kembang tekak tengok keadaan kedai pun macam 2×5.
“Memang dah lama tak pergi mamak sebab tandas, mamak high end boleh diterima,” demikian antara reaksi warga maya.