RSS Suria

Hadiah ‘birthday’ langsung suami tak pandang! Siap mengamuk, tuduh isteri beli guna duit belanja padahal keluar ‘savings’

PENGORBANAN sebagai isteri tidak dihargai, malah dibalas dengan penghinaan.

Itulah pengalaman pahit yang dilalui oleh wanita ini yangberusaha sedaya upaya menggembirakan suami sempena hari ulang tahunnya.

Bercerita di media sosial, wanita ini berkata, dua hari sebelum kejadiandiamembeli seutas jam tangan dan minyak wangi berjumlah RM300 sebagai hadiah ulang tahun suami tercintamenggunakan wang simpanan sendiri.

Golongan isteri bergelarsuri rumah juga boleh menabung. -Gambar hiasan

“Hina ke seorang suri rumah. Saya belikan hadiah untuk suami. Saya sanggup keluarkan duit simpanan demi nak bahagiakan suami.

“Tapi malangnya suami cakap saya beli hadiah semua duit dia dan tak ada istimewanya pun bagi saya. Saya sertakan sekali bukti saya keluarkan duit demi nak suami gembira.

“Tapi apa yang saya dapat? Ya Allah sedih sangat-sangat hati ni bila apa yang kita cuba korbankan tak dihargai macam ni,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hadiah pun beli guna kad kredit saya” – Wanita menyesal kahwin, rindu ‘shopping’ macam zaman solo tapi suami tak mampu

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersemut’ pasangan ini rai anniversary perkahwinan, hadiah beli di kedai serbaneka… Pemberian suami buat isteri sedar sesuatu

Tidak tahan dengan kata-kata yang mengguris hati, wanita ini akhirnya meluahkan kekecewaan dan lebih rela sekiranya diceraikan.

Namun, bukan penjelasan yang diterima tetapi berlaku sebaliknya apabila suamilari dan terus meninggalkan rumah.

“Dia lari dari masalah ni dan ambil keputusan untuk keluar dari rumah siap bawa semua baju tak cakap apa-apa terus keluar dari rumah.

Kadang lelaki ni terlepas cakap. Cuba pujuk dia.

NETIZEN

“Tak tahu ke mana dia pergi siap cakap lepas ni dia akan keluar dan akan block (sekat) saya. Dia tinggalkan saya dan anak-anak tu je.

“Adakah ini semua salah saya. Kenapa dia tergamak buat saya macam ni. Saya ni isteri tak cukup baik ke? Saya tak kuat tapi kena juga demi anak-anak,” jelasnya.

Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib wanita itu.

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan pengadu.

Komen netizen di media sosial.

“Saya rasa tak perlu susah payah. Jenis tak pandai bersyukur ni kita buat tak tahu je.

“Sabar la kak. Kadang lelaki ni terlepas cakap. Cuba pujuk dia. Nanti sudah ‘sejuk’ baru beritahu dia. Jangan la cakap macam tu kepada usaha kak. Cuba berbincang.

“Kawan saya pun panas baran. Dia masukkan baju, keluar rumah. Anak isteri lompatsyok. Harap dia tak balik dah. Balik pun menyemak je,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top