KEBIASAANNYA apabila pasangan suami isteri berpisah, masing-masing akan membawa haluan sendiri dan hanya akan berhubung mengenai anak.
Bagi yang bercerai tanpa mempunyai zuriat, lazimnya merekaakan terus saling melupakan dan tidak berhubung lagi.
Namun, berbeza dengan wanita ini yang mendakwa tidak dapat hidup bebas disebabkan bekas suamimasih ‘mengikatnya’ tanpa rela.
Dipukul antara ancaman yang diterima individu yang gagal melunaskan hutang ah long. -Gambar hiasan
“Bekas suami aku ni tak guna tau. Aku memang jijik setiap kali nak ingat pasal dia.
“Dia ni tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku. Boleh pulahutang ah long untuk acah kaya kat bini baharu.
“Letak pulaaku sebagai guarantor (penjamin). Kenapa aku? Bukan isteri baru kau jadi guarantor?” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Kakak curi data peribadi, salah guna salinan MyKad adik buat pinjaman ah long! Wanita terketar-ketar dapat mesej ugutan
ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda dibogelkan, ditinggal dalam semak tak sempat pinjam duit ah long
Wanita itu turut berkongsi paparan skrin WhatsApp daripada ah long memaparkan maklumat dan gambarnya sebagai penjamin.
“You(awak) punya husband (suami) ada hutang wang syarikat I(saya) lepas tu hilang.
“Dia letak gambar nombor youuntuk guarantor, jadi sekarang siapa boleh tanggung kes ni?” tulis ah long tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada ah long terbabit, bekas suaminya meminjam wang sejumlah RM1,400.
Setakat RM1,400 pun nak pinjam, terdesak sangat ke?
NETIZEN
“Aku tak kan tolong bayar macam dulu lagi ya. Belas ehsan aku dah tiada sejak kau cakap bukan-bukan pasal anak aku.
“Malu la, macam kaya sangat. RM1,400 pun nak hutang ah long. Lepas tu suruh bekas bini bayar,” katanya.
Tambah wanita itu, dia bertindak memberikan maklumat terkini bekas suamidanmaklumatberkaitan isteri baharunyakepada ah long berkenaan.
“Ah long pun pelik kenapa dia bagi maklumat aku, bukan maklumat bini dia.
“Mungkin sekarang dah jadi puluh ribu dah hutang sebab dia lari tak bayar langsung,” katanya.
Reaksi netizen
Netizen menasihati wanita itu agar segera membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.
“Laporkan kepada polis cakap ex kau salah guna maklumat peribadi kau. Kalau seminggu polis tak ambiltindakan kau pergi report balai lain.
“Dasar musibat perangai. Elok bagitau isteri dia terus. Setakat RM1,400 pun nak pinjam, terdesak sangat ke?
“RM1,400 pun pinjam ah long. Memang betul-betul tak guna jantan ni,” komen beberapa netizen.