MERANCANG kehamilan sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan kerana kehidupan zaman sekarang banyak cabarannya.
Bagaimanapun, masih ada lagi individu yang percayakan mitos dalam kehidupan berumah tangga termasuklah mengaitkan bulan kelahiran anakdengan tumbesaran serta tahap IQ.
Di laman X seorang wanita sedang hamil meluahkan kekecewaan apabila ibu mentuanya kurang senang apabila mendapat tahu tentang tarikh jangkaan kelahiran bayi yang dikandung.
Menurut wanita itu, ibu mentuanya percaya bahawa bayi yang lahirsekitar hujung tahun akan membesar sebagai individu kurang cerdik.
“Aku bagitau mak mentua yang aku tengah mengandung, mula-mula dia ‘excited’ lepas tu bila aku bagitau ‘due date’ aku bulan Disember ni dia kecewa.
“Dia kata budak yang lahir makin lewat bulan, makin kurang cerdik, aku terkejut,” katanya.
Mitos bulan kelahiran seringkali dikaitkan dengan tumbesaran kanak-kanak. -Gambar hiasan
Perkongsianitu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan ‘teori’ tersebutnamun dalam masa sama memberikan sokongan moral kepadadirinya.
“Wujud lagi eh golongan yang percaya benda macam ni?
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu anak genius dapat masuk universiti seawal umur 12 tahun? Ibu hamil boleh cuba amalan mudah ini
“Teori apa ni? Adik aku lahir bulan 12 elok je jadi doktor pakar. UPSR, PMR, SPM semua straight A’s. Masuk universiti dapat CGPA 4.00 banyak kali.
“Anak saudara saya lahir 29 Disember, nombor satu dalam kelas. Biasa budak umur 5-6 tahun baru nak belajar bercakap dan kenal ABC, tapi dia pandai mengira dan congak dah. Bijak ni hasil didikan mak ayah dan cikgu,” netizen memberikan komen dengan memberi contoh individu-individu bijak yang lahir pada hujung tahun.
Reaksi warga X
Dalam pada itu ada juga warganet yang berkongsi sikap dan tahap kepandaian individu-individu yang lahir pada awal tahun.
“Staf aku ramai yang lahir bulan Januari dan Mac. Boleh tahan juga lurusnya kadang-kadang, spesis menunggu arahan je bukannya usaha berfikir luar kotak,” katanya.
Bagaimanapun, ramai juga yang faham maksud dan apa yang cuba disampaikan ibu mentua wanita tersebut.
“Bukan kurang cerdik, cuma proses tumbesaran tu tak sama dengan budak lahir awal tahun. ‘Member’ dah pandai merangkak, awak baru lahir.
“Pernah dengar pasal benda ni. Anak bukan kurang cerdik, cuma perkembangan dia lambat sikit dari kawan seumur dia.
“Contoh A lahir Disember, B lahir Januari (sama tahun). B dah hidup 11 bulan awal dari A, mungkin dah jalan atau pandai cakap tapi yang lahir Disember ni baru nak hidup, itu je sebenarnya,” antara komen netizen.