GOLONGAN wanita amat sensitif dan mungkin akan melenting membaca kisah-kisahkecurangan yang dibangkitkan di media sosial.
Malah ada jugayang terlebih beremosi dengan situasi tersebut meskipun diri sendiri tidak melaluinya.
Menerusi satu posting di media sosial, seorang wanita berkongsi kisahkecurangan dalam rumah tangga melibatkanteman rapatnya.
Setiap individu mengimpikan kehidupan yang harmoni bersama keluarganya. -Gambar hiasan
“Baru ni terjadi pada kenalan rapat. Si suami sebaik-baik alam, tanggung isteri dari couple, banyak belanja si perempuan tu.
“Memang jenis lelaki yang letakkan 100 peratus usaha dalam nafkah dan tanggungjawab.
“Kantoi rupanya si perempuan ada ‘kawan baik’ lelaki yang kononnya gay,” diaberkongsi cerita mengenai pasangan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri anak 3 kecapi nikmat berselingkuh dengan rakan sekerja… Dapat layanan macam baru kahwin – “Rasa macam adaspark!”
ARTIKEL BERKAITAN:Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes ‘abang wiring’! Nombor telefon ‘Bengkel’ rupanya skandal pasangan
Menurut wanita ini, kenalan rapatnya juga mempunyai gambar ‘berlaga pipi’ di dalam kereta bersama kawan baik yang kononnya berstatus gay itu.
Bukan itu sahaja, dia juga didakwa pernah menghantar gambar seksi kepada lelaki itu yangdikatakan meminati kaum sejenis.
“Siap ada gambar laga-laga pipi dalam kereta, ada hantar gambar selfie seksi kepada kawan lelaki tu,” tambahnya lagi.
Kalau nak bermaksiat bukan main kreatif bangsa kita ni, dulu-dulu guna alasan nak siapkan projek atau bos suruh buat kerja lebih masa… sekarang, kawan saya gay.
WARGA MAYA
Menurut wanita ini, disebabkan geram dengan apa yang berlaku, dia bertindak memuat naik status berhubung perkara tersebut.
Malah katanya, tindakanitu dibuat sejurus rakannya itu membuat hantaran seolah-olah berdepanujian berat selepas hubungan terlarangnya diketahui suami.
“Once kantoi, terus diaupdate status tentang Tuhan ‘Allah is with us in hardship’.
Antara reaksi warga maya di ruangan komen balas.
“Aku update status ‘Allah was there too when you bermaksiat’. Terus kena sekat,” ujarnya yang hairanrakannya seolah-olah tidak berasa bersalah atas apa yang dilakukan.
Pada masa sama, dia beranggapan rakannya tidak bersyukur memiliki suami yang baik sehingga sanggup berlaku curang.
“Dia buat macam dia mangsa keadaan, kalau gay kenapa nak hantar gambar selfie seksi?
“Memang tak bersyukur, tak apalah, dah selamat cerai, harap dia rasa kehilangan apabila tiada orang tanggung,” ujarnya yang terus mengelakkan diri daripada berkawan dengan individu tersebut.
Menerusi ruangan komen balas, beberapa warga maya turut berkongsi pengalaman sama.
“Saya haru bekas biras, agaknya dia tahu saya tahu segala kemaksiatan yang dia buat… dia update status ‘gemok’, saya pun buat hantaran ‘betina sundal’… sejak itu terus tak boleh nampak status dia.
“Kalau nak bermaksiat bukan main kreatif bangsa kita ni, dulu-dulu guna alasan nak siapkan projek atau bos suruh buat kerja lebih masa… sekarang, kawan saya gay.
“Kadang-kadang tertanya, kenapa yang baik dipertemukan dengan pasangan serupa ini,” demikian antara komen warga maya.