HATI siapa tak pedih apabiladimalukan di hadapan orang yang tak dikenali.
Lebih menambah rasa geram, orang yang memalukan kita itu pula sudah dikenali lama.
Itu yang dirasai seorang pembantu tadbir di sebuah klinik apabila dia dimalukan tanpa sebab oleh rakan sekerjanya di hadapan pesakit yang masih belajar.
Dimalukan rakan sekerja boleh menimbulkan rasa tidak selesa di pejabat. -Gambar hiasan
“Aku rasa dimalukan rakan sekerja, dia tanya aku dapat berapa A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Apabila aku cakap tiada A tapi lulus dia cakap memalukan depan budak-budak MRSM (Maktab Rendah Sains Mara),” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tahan marah dimalukan depan rakan pejabat… Bos sama jantina mulut lancang, panggil staf ‘punggung leseh’
ARTIKEL BERKAITAN:Bergurau tarik seluar ketika majlis syarikat, wanita dimalukan rakan sekerja buat laporan polis
Lebih menyakitkan hati kata wanita itu, dia dituduh menghabiskan duit ibu bapanya.
“Dia kata… buat rugi duit mak bapakau je kerja penat-penat tapi katiada A dalam SPM.
“Dia ulang lagi yang tiada A tu adalah memalukan,” katanya.
Jangan malu kalau tiada A dalam SPM tapi malu kalau tiada adab dan akhlak.
NETIZEN
Difahamkan kedua-dua mereka bekerja di klinik dengan jawatan yang sama.
Justeru bagi netizen, tiada apa yang memalukan kerana kedua-dua mereka bekerja ditempat yang sama dengan jawatan setaraf.
“Lain kali jawab macam ni…tiada beza pun akak dengan saya. Sama-sama makan gaji di kedudukan yang sama.
Reaksi warga maya
“Adui mereput cepat la orang-orang yang tak boleh move ondengan kegemilangan zaman sekolah ni.
“Kalau aku tanya balik diadulu berapa A. Kalau dia cakap 5A baru balas… tiada beza pun dengan yang tiada A, sama je makan gaji.
“Mesti rakan sekerja dia perempuan. Lelaki tiada masa nak tengok masa silam kawan dia.
“Jangan malu kalau tiada A dalam SPM tapi malu kalau tiada adab dan akhlak,” kata netizen.