SIMPANAN emas semakin menjadi pilihan ramai untuk pelaburan jangka masa panjang.
Apatah lagi harganya yang meningkat naik sehingga membuatkan ramai mengambil peluang untuk menjualnya semula.
Melakukan perkara sama, seorang wanita berkongsi kisah yang menyebabkan dia nekad untuk menjual barang kemas yang dimiliki.
Barang kemas miliknya yang terpaksa dijual.
Sayu dengan situasi dialami, ujarnya tindakan itu demi mengelakkan namanya disenarai hitam kerana kegagalan melunaskan bayaranpinjaman kewangan daripada bank.
“Selamat tinggal hasil penat lelah.Saya terpaksa jual sebab malas nak fikir tentang tukar surat atau tebus (barang kemas).
“Dah lama sangat duduk (disimpan) dalam Ar Rahnu,” coretnya menerusi hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Kewangan sesak, wanita nekad gadai subang anak! Tak sangka ada rezeki lain, emas putih tiba-tiba bernilai
ARTIKEL BERKAITAN:Enggan gadai emas terakhir, suami merajuk keluar rumah! Isteri mula-mula berkeras, kini rasa bersalah
Menurut wanita ini, pinjaman kewangan yang dibuat menggunakan namanya adalah untuk membatu suami.
Namun malangnya, lelaki terbabit enggan membantu membayar semula pinjaman yang dilakukan.
Sedihkan apabila terpaksa melepaskan barang yang kita dah kumpul sejak sebelum kahwin.
WARGA MAYA
“Walau bukan saya penyebab atau pemilik hutang-hutang ni semua, saya reda sebab saya yakin Allah akan ganti dengan yang lebih baik,” tambahnya yang mengaku sudah bercerai dengan lelaki terbabit selama setahun.
Pada masa sama, dia turut berpesan supaya golongan wanita mencari suami yang mempunyai kewangan stabil dan beragama supaya tidak terbeban di kemudian hari.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan rasa simpati pada nasibnya.
Warga maya turut bersimpati dengan nasibnya.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman dibebani hutang disebabkan tindakan suami tidak bertanggungjawab.
“Betul sis, dulu saya bodoh, buat personal loan untuk suami dan gadai barang kemas.Tapi makin kita tolong, makin dia menyusahkan kita dan Alhamdulillah diceraikan.
“Kebanyakan sekarang ni, isteri yang tanggung suami sampai terpaksa bergolok gadai tapi duit tak tahu habis ke mana.
“Sedihkan apabila terpaksa melepaskan barang yang kita dah kumpul sejak sebelum kahwin.
“Tak berduit tapi faham tanggungjawab tak apa, suami saya tak kaya tapi setiap kali dapat bonus, dia akan belikan emas untuk saya,” ujar beberapa warga maya.