RSS Suria

Pemuda takut balik rumah sendiri, emosi terjejas gara-gara difitnah jiran… Ketua taman jadi punca, aduan salah laku bocor!

TINDAKAN seorang lelaki menegur tentang salah laku jirannya yang menjalankan perniagaan di kawasan rumah akhirnya mengundang padah.

Dakwanya, dia dimalukan dan dilabel tidak tahu hidup berjiran sedangkan aduan dan teguran dibuat adalah berasas.

Susulan itu lelaki berkenaan cuba mendapatkan pandangan daripada pasukan peguam tentang tindakan yang boleh diambil kerana mendakwadimalukan jiran tetangganya di dalam grup WhatsApp taman.

Perbalahan antara jiran sering berlaku apabila tiada kesefahaman. -Gambar hiasan

Perbalahan antara jiran sering berlaku apabila tiada kesefahaman. -Gambar hiasan

“Mereka kata saya dengki, tak reti hidup berjiran, berkira. Ada jiran yang mengumpat dan mengata saya sehingga terjejas emosi.

“Semua ni berlaku sebab jiran saya buka kedai di rumah.Pelanggan parkir kereta dan menyebabkan saya susah nak masuk ke rumah sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:Ekzos bising, asap bau petrol! Individu geram jiran sebelah buka bengkel di rumah – “Waktu solat Jumaat pun masih membaiki”

ARTIKEL BERKAITAN:Jiran buka spa di rumah, bersusun kereta pelanggan depan pagar… Paling geram sekat laluan masuk!

“Saya buat aduan kepada ketua taman selepas terpaksa hadapinya selama bertahun-tahun,” ujar pengadu di laman Facebook.

Susulan kecaman yang diterima, dia akhirnya mengalah dan membuat permohonan maaf dengan penduduk taman.

Lapor pihak berkuasa tempatan sebab rumah teres tak boleh dijadikan kedai.

WARGA MAYA

Pada masa sama, pengadu turut keluar daripada kumpulan WhatsApp tamannya.

Selain terjejas daripada segi emosi, dia mengakui berasa takut untuk pulang ke kediamannya sejak sebulan lalu.

“Saya takut nak pulang ke rumah, dah sebulan berlalu tapi saya masih lagi tidak dapat lupa,” katanya.

Warga maya turut bersimpati dengannya.

Warga maya turut bersimpati dengannya.

Tambah pengadu, kecaman dan kritikan yang diterima bukanlah daripada pihak yang berniaga itu sebaliknya jiran tetangga berikutan kedai tersebut telah ditutup.

Warga maya turut bersimpati dengan nasib pengadu kerana terpaksa mengalami kesukaran akibat sikap jiran-jiran yang pentingkan diri dan tidak bertimbang rasa.

“Kadang-kadang kita betul tapi kita yang sakit, cuba dapatkan kaunseling.

“Lapor pihak berkuasa tempatan sebab rumah teres tak boleh dijadikan kedai.

“Silap langkah awak adu pada ketua taman, patut lapor pada pihak berkuasa tempatan,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top