SEORANG wanita yang baru kematian suami terus diuji apabila keluargamentuabertindak mengabaikan kebajikannya sebagai balu.
Bukan itu saja, pemergian si suami yang tidak dinyatakan puncanya itu juga akhirnya membuka pekung dalam rumah tangga mereka.
Kisah malang wanita tersebut diceritakan semula seorang wanita di media sosial untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.
“Sepupu kepada suami saya baru saja meninggal. Pasangan arwah adalah seorang wanita yang bekerja.
Wanita yang kematian suami perlu sokongan moral daripada orang terdekat. -Gambar hiasan
“Mereka berdua ada enam orang anak dan salah seorang daripadanyaadalah anak istimewa (OKU),” tulisnya memulakan cerita.
Bercerita lanjut, wanita itu mendakwa sepanjang pasangan berkenaan berkahwin, arwah suami si balutidak pernah memberi nafkah kerana menuruti ‘nasihat’ daripada ibu sendiri.
Apa yang lebih memilukan, balu berkenaan didakwa dihalau dari rumah yang didiaminya selepas lima harikematian suami dengan alasan harta peninggalan perlu difaraidkan.
ARTIKEL BERKAITAN:Arwah ayah tak jujur, rahsia poligami hanya terbongkar lepas meninggal… Paling sakit hati ibu tiri bolot rumah, harta pusaka
ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh keluarga arwah suami tuntut hibah takaful RM1 juta tukar jadi faraid, perunding kewangan kongsi panduan elak balu ditindas
“Selama ni saya tak tahu cerita. Apabila sudah meninggal baru tahu rupanya suami tak bagi nafkah.
“Mak mentua yang merupakanseorang ustazah bagi nasihat dekat anaknya supaya tak payah bagi nafkah sebab isteri bekerja.
“Baru lima hari suami meninggal, dia dah kena halau dari rumah. Mak mentua cakap diaboleh kahwin baru, harta yang tinggal kena faraid,” imbasnya lagi.
Mak mentua yang merupakanseorang ustazah bagi nasihat dekat anaknya supaya tak payah bagi nafkah sebab isteri bekerja.
PENGADU
Perkongsian berkenaanmengundang simpati ramai selain terkejut dan kecewa dengan sikap si ibu mentua lebih-lebih jika benar dia merupakan seorang ustazah.
Bukan itu sahaja, warga maya juga turut mengecam tindakan arwah yang membelakangkan perintah agama dalam soal pemberian nafkah.
“Kasihan arwah, berdosa atas asbab tak bagi nafkah dekat bini dan anak. Kecuali kalau isteri faham si suami kena paksa mentua.
“Manusia apabila nampak duit, semua jadi gelap mata. Yang haram pun jadi halal. Bab harta pusaka, semua datang berebut,” komen beberapa netizen.
Komen netizen di media sosial.
Untuk rekod, kisah ini timbul susulan tularnya satu kes berkaitan hibah takaful bernilai RM1 juta yang kini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Kes berkenaan membabitkan seorang peserta takaful yang meninggal dunia, di mana dia menamakan isterinya sebagai penerima hibah bersyarat (Hibah Nomination) dalam polisi berjumlah RM1 juta itu.
Bagaimanapun, selepas tuntutan hibah diluluskan oleh syarikat takaful dan balu arwah menerima pampasan, pihak keluarga arwah tidak berpuas hati dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Sivil.
Dalam keputusan bagi kes itu, hakim memutuskan bahawa hibah tersebut tidak sah daripada sudut undang-undang sivil dan wang pampasan itu perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.