KATA orang, lelaki kalau sukakan seseorang wanita atau sedang dilamun cinta sanggup buat apa sahaja untuk menggambarkan kesungguhan dan rasa sayangnya.
Namun, apabila sudah berumah tangga sebahagian besar daripada golongan inidikatakan sepenuhnya berubah sikap.
Seorang pemuda menggambarkan situasi inidengan memberi contoh lelaki bermotosikal yangberkonvoi ke Cameron Highlands di Pahang.
Lelaki dikatakan berubah sikap selepas mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan
“Kenapa kebanyakan lelaki ni, sebelum kahwin, turun dari Cameron Highlands, kena ikat bantal strawberi di belakang beg pun sanggup.
“Tapi bila dah kahwin, waktu balik kerja, minta singgah kedai Acheh beli daun kari je pun tanyakenapa hari tu tak beli siap-siap?” katanya, mempersoalkan perubahan sikap yang begitu ketara.
ARTIKEL BERKAITAN:Sebelum kahwin dapat layanan ‘princess’, teman lelaki mewahkan dengan duit… Hari-hari ‘dating’ belanja RM100!
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tergamam dapat BF tak relaks, baru minta putus terus kena ugut! – “Bayar balik semua aku pernah belanja”
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan golongan wanita berpandangan lelaki semasa zaman bercinta semuanya dirasakan indah.
“Sebab sebelum kahwin semuanya nampak indah, dah kahwin semua pahit. Dulu ada syaitan, la ni syaitan ada juga tapi hasut bagi nampak kekurangan pasangan je.
Tak semua lelaki macam tu.
ISTERI
“Sebelum kahwin, ‘lautan luas berapi sanggup direnangi’ tapi lepas kahwin ‘melangkah longkang pun malas’.
“Orang kata ‘dah dapat’, dulu sanggup usaha buat apa saja sehingga dapat,” katanya.
Reaksi netizen
Namun, ada juga sebahagian wanita tidak setujukenyataan itu ‘dipukul rata’ sambilmemaklumkan suami mereka masih bersikap sama seperti sebelum berkahwin.
“Nasib baik laki saya sanggup patah balik pergi kedai beli daun kari. Bukan apa, tak adadaun kari tu tak masaklah bini.
“Tak semua lelaki macam tu. Alhamdulillah 18 tahun dulu sehingga kini sama je. Semakin tambah tanggungjawab semakin peka,” kata beberapa isteri.