BERDEPAN dengan pelbagai kerenah klien sememangnya sebahagian daripada cabaran yang dihadapi oleh jurusolek atau make-up artist (MUA).
Dalam satu hantaran yang tular di laman sosial, seorang jurusolek berkongsi pengalamannya berdepan klientidak jujur, dipercayai kerana mahu menjimatkan kos.
Menerusi perkongsiannya, jurusolek tersebut berkata klien berkenaan pada mulanya meminta solekan untuk majlis konvokesyen, namun rupa-rupanya solekan itu sebenarnya untuk majlis pernikahan.
“Macam biasa, customer chat cakap nak make-up konvo. Okay saya bagi harga sekian, sekian. Dan customer pun setuju semua. Nak make-up pukul 5.30 pagi, sebab nak konvo sesi pagi.
“Saya ni pun suka bertanya, nanti konvo dekat mana? Ada sesi outdoor tak before dan after?Customer macam tak dengar apa saya tanya.
Jurusolek akan menggunakan teknik khasuntuk solekan majlis kahwin bagi menaikkan seri wajah pengantin. -Gambar hiasan
“Tengah tengah make-up, mak dia ketuk pintu bilik. ‘Kak Ngah, nanti barang-barang penting semua bagi dekat mak tau. Senang tok kadi nak minta nanti, takut Kak Ngah lupa’.
“Customer (pengantin)terus berubah mukanya, pucat lesi… cuba untuk kawal maknya tapi tak sempat. Saya rileks, cuma teruskan make-up sahaja tanpa tanya apa-apa dan teruskan dengan teknikmake-up konvo sahaja seperti yang sudah kami deal,” tulisnya.
Menurut jurusolek itu, selepas dia berangkat pulang, pengantin itumenghantar mesej meminta maaf dan mengakui kesilapannya kerana tidakjujur.
ARTIKEL BERKAITAN:Pengantin berendam air mata, MUA terkenal ‘hilang’ 3 jam sebelum nikah! Paling geram duit upah dah bayar penuh
ARTIKEL BERKAITAN:“Boleh tak solek pengantin berusia?” – Dapat job klien usia 60an, jurusolek buat magik beri ‘look’ 30an… sempat korek rahsia kulit tak kedut
Menurut jurusolek itu, upah solekan yang ditetapkan untuk pernikahan hanyalah RM350 dan dirasakan berpatutan keranaturut menyediakan perkhidmatan sampingan seperti pemakaian hijab, aksesori dan bulu mata palsu percuma.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya dengan ada yang menyokong jurusolek kerana bersikap profesional dan mempunyai pendirian.
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat situasi itutidak perlu dibesar-besarkan memandangkan klien membayar mengikut kemampuan.
Boleh je nak make-up konvo untuk nikah tapi jangan pertikaikan kalau dalam gambar tak cantik dan tak menyerlah.
NETIZEN
“Kenapa MUA marah sedangkan MUA cakap, harga make-up konvo dan kahwin lain, teknik pun lain. Dah kalau pengantin nak make-up yang macam konvo di hari persandingannya, kenapa pula nak marah? Kenapa nak kena ambil yang make-up kahwin?” demikian pandangan yang diutarakan seorang netizen.
Pendapatnya ituturut disokong oleh seorang lagi individu yang menganggapjurusolek sewajarnya menjalankan tugas seperti yang diminta dan dibayar klien.
“Make-up sajalah ikut harga tu. Bayar RM300, make-up RM300… bayar RM500, make-up macam RM500. Apa kaitan dengan event pula,” katanya.
Sebahagian daripada komen dan pandangan warga maya.
Namun ada yang berpandangan sebaliknya kerana perkara inimelibatkan reputasi jurusolek berkenaan.
“Make-up konvo tapi pakai full set pengantin attire, boleh tenggelam ye make-up tu. Terus nampak macam ‘tak siap’. Extra steps yang kita guna masa make-up bridal tu bukan saja-saja kita letak. Ada sebabnya.
“Boleh je nak make-up konvo untuk nikah tapi jangan pertikaikan kalau dalam gambar tak cantik dan tak menyerlah,” tulis netizen.