RSS Suria

Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah ‘sentap’ terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak

SEORANG guru bersimpati dengan nasibmenimpa rakan sejawatnya yang mungkin dikenakan tindakan disiplin selepas ibu bapamembuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA).

Semuanya berlaku gara-gara guru tersebutmemasukkan gambar beberapa anak muridnya yang tidak menyiapkan tugasan di dalam kumpulan WhatsApp untuk perhatian ibu bapa.

Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama bagi memastikan kejayaan anak-anak. -Gambar hiasanGuru dan ibu bapa perlu bekerjasama bagi memastikan kejayaan anak-anak. -Gambar hiasan

“Katanya bukan nak aibkan, tapi itu (cara) yang cepat sebab 18 orang yang tak siap, mana sempat nak taip nama semua.

“Kelas ni ramai murid lemah dan masalah sikap. Kerja selalu sangat tak siap. Dalam ramai-ramai ibu bapa, ada yang terasa hati dan menganggap guru itu menjatuhkan maruah anaknya.

“Ibu bapa terbabit SisPAA cikgu tu,” kongsi guru berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak – “Dia abai macam tu je”

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita risau trend ‘halalkan’ anak ponteng sekolah sebab balik kampung… Sekali ‘diserang’ geng ibu bapa, guru

Jelasnya lagi, sebagai seorang pendidikdia tidak berniatmenyebelahi mana-mana pihakwalau hakikatnyaramai ibu bapa memberikan semangat dan menyokong tindakan guru tersebut.

“Siap ada yang perli ‘semoga berjaya mendidik anak dengan memanjakan macam ni’. Kita yang baca rasa terharu.

“Ramai ibu bapa yang ambil positif, katanya bagus ada bukti sebab bila tanya anak, asyik jawab ‘tiada kerja sekolah’.

“Ada yang tulis, ada masa kena biarkan anak-anak ni rasa malu supaya dia takut buat salah lagi,” katanya.

Ibu bapa macam nitak pernah sekolah ke dulu?

NETIZEN

Guru ini juga sedar pada zaman sekarang pelbagai kisah di sekolah yang tular, dengan ada sesetengah kes menyaksikan guru banyak menerima kecaman.

“Ya, yang salah tu perlu diambil tindakan. Tapi tak kurang juga yang menghukum cikgu, mempersoalkan semua tindak tanduk cikgu.

“Makin lama makin mencabar jadi cikgu ni. Semoga suamiku cepat kaya supaya aku boleh pencen awal,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian guru inimenyokong tindakan rakannya,dengan menyatakan apa yang dilakukannya tidak salah.

“Kadang-kadang hairan dengan ibu bapa macam ni, mereka tak pernah sekolah ke dulu? Walhal cikgu dulu lagi tegas.

“Saya pesan dekat anak, kalau awak tak siap kerja sekolah tu bukan masalah ibu. Kalau tak siap kerja sekolah, cikgu denda ibu biarkan ja,” antara komen netizen.

Scroll to Top