BERURUSAN di fasiliti kesihatan awam seperti hospital atau klinik sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Bukan sekadar menunggu nombor giliran yang panjang atau janji temu berbulan-bulan, kadang kala berdepan dengan sistem komunikasi yang tidak begitu ‘mesra pesakit’ juga menimbulkan masalah.
Berdepan dengan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kunjungan ke sebuah fasiliti kesihatan awam baru-baru ini berakhir dengan pengalaman kurang menyenangkan.
Menurut wanita tersebut, dia disindir oleh seorang jururawat ketika mahu menetapkan tarikh temu janji baharu untuk anaknya, gara-gara keciciran tarikh sebelumnya.
Suasana di sebuah fasiliti kesihatan. -Gambar hiasan
“Semalam saya kena sound dekat klinik ortopedik hospital ****. Puncanya saya tak sempat angkat call masa mereka call nak bagi appointment MRI anak.
“Jadi nak senang saya datang sajalah terus ke klinik tu. Nurse kata, lain kali orang call angkatlah,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Menurut wanita tersebut, bagi mengelakkan salah faham, dia menjelaskan situasi sebenar kepada jururawat berkenaan, namun penjelasannya tetap tidak diterima.
ARTIKEL BERKAITAN: "Nurse pun pandai suruh kangkang je!" – Wanita pertikai doktor lelaki sambut kelahiran bayi, malu kemaluan diseluk
ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat KK mulut lancang, sindir bapa bawa bayi 8 bulan buat pemeriksaan kesihatan – "Dik, mak awak dah tak sayang awak"
“Saya dalam toilet masa tu. Saya return call tapi operator minta extension number, saya tak tahu. Jadi saya datanglah sini (klinik) nak tanya.
“Sebab saya tunggu-tunggu, tak call balik sampai hari ni. (Nurse jawab), ‘memang kami call sekali je. Tak ada la nak call banyak kali’,” kongsinya.
Lebih mengejutkan, ketika meminta jururawat berkenaan merujuk dalam sistem untuk penetapan tarikh temu janji baharu, jawapan yang diberikan membuatkan dirinya makin bingung.
Kenapa kena ada manusia yang kurang ajar hidup atas muka bumi ni ya?
NETIZEN
“‘Dah bertahun kami pakai manual buku. Mana ada sistem-sistem ni’.
“Lemahnya sistem Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Harap lepas ni ada la penambahbaikan bab appointment ni. Macam Hospital Rehab Cheras buat tu. Call pun ya, WhatsApp pun ya. Jadi tak ada la keciciran temujanji,” tulisnya.
Tambahnya lagi, dia memahami situasi petugas di fasiliti kesihatan yang sentiasa sibuk, namun ujarnya, layanan terhadap pesakit perlu ditambah baik dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem penjagaan kesihatan.
Sebahagian daripada komen netizen.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan kerana pernah mengalami situasi serupa.
“Hanya ada beberapa klinik je yang pakai sistem komputer, yang lain manual. Saya ada banyak klinik kena pergi, memang stres kalau terpaksa tukar tarikh.
“Saya selalu kena… saya tahu perasaan awak.
“Kenapa kena ada manusia yang kurang ajar hidup atas muka bumi ni ya?” demikian antara komen netizen.