SEORANG pemandu e-hailing diuji apabila dia terlibat dalam kemalangan semasa sedang mencari rezeki.
Biarpun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan namun pemandu berkenaan kecewa apabila terpaksa menanggung kerugian bagi tujuan baik pulih kenderaannya.
Menurut cerita rakannya menerusi perkongsian di media sosial, kemalangan itu tercetus akibat kecuaian seorang warga asing ketika dia dalam perjalanan pulang ke ibu kota setelah melengkapkan satu tempahan.
Pekerja asing di bawa masuk ke Malaysia bagi memenuhi keperluan pelbagai industri. -Gambar hiasan
“Selesai je hantar pelanggan ke Bangi, dia menghala pulang ke Kuala Lumpur. Tiba-tiba dia dilanggar warga Pakistan.
“Selidik punya selidik, rupa-rupanya dia tiada lesen. Nak claim insurans pun tak boleh. Polis hanya boleh ambil laporan je,” katanya.
Lebih menambah luka ialah warga asing berkenaan didakwa cuba lepas tangan dengan apa yang terjadi.
ARTIKEL BERKAITAN:Dua lelaki lari ketakutan dikejar kereta peronda polis akhirnya ditahan, kena saman sebab tiada lesen memandu
ARTIKEL BERKAITAN:Kereta dirampas selepas memandu tanpa lesen 50 tahun, tak pernah lulus ujian
“Kemudian mereka setuju nak selesai cara baik, dia pun suruh bayar RM2,000 je sebab boleh tahan juga kerosakan. Tapi lelaki Pakistan tu boleh kata tiada duit, kereta pun dia sewa je.
“Wah, senang banyak hidup dia. Bawa kereta, tak payah ada lesen pun tak mengapa. Langgar orang kemudian bagi je alasan tiada duit,” luahnya.
Menjengah ruangan komen, ada netizen berkongsi situasi serupa yang dialami mereka.
Macam mana boleh sewakan kereta dekat orang yang tiada lesen?
NETIZEN
“Kes sebiji macam saya kena dulu dengan orang Bangladesh. Memang tidak la nak tuntut No Claim Discunt (NCD) sendiri.
“Untungnya, kereta tu bos dia punya. Nak settle tepi, tak nak pergi balai. Lebih kurang RM8,000 juga lah bos dia bayar.
“Patutnya kawan tu hubungi owner kereta. Macam mana boleh sewakan kereta dekat orang yang tiada lesen?” demikian kata warga maya.
Reaksi warganet.
Dalam masa sama ramai juga yang mempersoalkan tentang sistem perundangan di Malaysia yang dianggap longgar bagi kes-kes seperti ini.
“Sekarang boleh nampak kelompongan sistem undang-undang di Malaysia.
“Tiada lesen, polis hanya keluarkan saman. Kereta tiada insurans, tak boleh nak claim. Kalau claim pun insurans sendiri, rugi NCD pula,” luah seorang netizen yang berpendapat bahawa sistem sedia ada hanyalah merugikan rakyat.