RSS Suria

Ismail Izzani kongsi idea spontan hasilkan ‘Tenggelam’, rakam MV seawal pukul 4 pagi

MUDAH menjalinkan kerjasama, penyanyi Ismail Izzani memberitahu pertemuan pertama dengan produksi MFMF sudah cukup buat mereka menghasilkan lagu baharu berjudul Tenggelam.

Menganggap ia sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan, Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, juga dapat meluahkan kreativiti sendiri sepanjang proses penghasilan karya berkenaan.

“Sebaik sahaja saya dengar beat itu, idea terus datang. Prosesnya sangat organik dan saya bersyukur kerana banyak bahagian lirik datang daripada saya sendiri," katanya.

Ismail

Lirik Tenggelam dihasilkan Ismail sendiri bersama Brendan Lim Seng Meng dengan komposisi muzik oleh Amanda Gnai Song Hui.

Ia disusun dan diterbitakn oleh pasukan produksi MFMF.

Berani menampilkan sesuatu yang berbeza, lagu ini jga masih mengekalkan irama pop moden yang sememangnya menjadi kekuatan Ismail sejak awal kemunculan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani pernah hilang semangat dalam karier seni… Tak layan gosip bakal kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak usia 17 tahun sibuk kerja, sekarang Ismail Izzani lebih banyak luang masa bersama keluarga

“Lagu ini bukan tentang kejatuhan atau kesedihan. Tenggelam adalah metafora kepada rasa cinta yang sangat mendalam.

“Ia tentang bagaimana perasaan itu membungkus kita saat bertemu seseorang yang benar-benar memahami diri kita,” ujarnya.

Sementara itu berkongsi tentang penghasilan muzik video, menurut Ismail dia juga diberi ruang untuk menambah baik setiap idea awal.

Ismail seronok berkerjasama dengan MFMF.

Menjadi lagu ini sebagai satu hadiah buat peminat, dia juga berharap id dapat diterima baik.

"Kami memulakan penggambaran seawal pukul 4 pagi. Tapi saya suka sebab bila mula awal, ada ruang untuk perbaiki. Banyak ilham spontan muncul ketika berada di set.

“Saya harap orang boleh rasa vibe yang saya cuba sampaikan. Saya mahu orang terima saya bukan hanya sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai pemuzik dan penghibur yang boleh memberi kesan kepada mereka,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top