SEORANG majikan meluahkan rasa kecewa dan penat dengan keputusan stafnya untuk menamatkan perkhidmatan hanya selepas sehari bekerja.
Lebih mengejutkan, alasan yang diberikan pekerja wanita berusia 18 tahun itu adalah kerana tidak diajar dengan betul oleh rakan sekerja.
Majikan wanita yang mengusahakan perniagaan barangan aksesori telefon itu turut menjelaskan pekerja terbabit dalam perancangan untuk berkahwin pada hujung tahun ini.
Dunia pekerjaan sangat mencabar dan memerlukan kesabaran. -Gambar hiasan
“Aku suruh dia kira duit, punya lama ambil masa. Lepas tu tanya 210 tambah 4 pun dia tak boleh jawab. Guna komputer terkial-kial, kira-kira pun tak tahu.
“Tiba-tiba berhenti atas alasan kami tak nak ajar. Dia tanya staf lain soalan yang dia baru tanya aku beberapa minit sebelum tu… macam tu pun kami jawab elok je.
“Kat mana yang kami tak nak ajar tu?,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Penemuduga terkejut calon kerja Gen Z terlalu berani, mesej di WhatsApp minta pinjam RM1,500 – "Saya bukan kawan dia"
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor hampir hilang sabar layan Gen Z, sihat walafiat tapi berani minta MC 3 hari! Makin geram dengar alasan budak sekolah
Lebih mengecewakan, pekerja itu enggan mengikut arahan mudah seperti mengenal jenis pelindung skrin dan cara pemasangannya walaupun sudah diberi tunjuk ajar berkali-kali.
“Aku siap cakap tiap kali staf lain pasang screen protector tu tengok dan belajar. Aku banyak kali juga beritahu dia satu per satu, tapi ya ampun tetap tak ikut juga," luahnya.
Aku suruh dia kira duit, terkial-kial tak tahu… punya lama ambil masa.
PENGADU
Jelasnya, insiden itu bukan pertama kali berlaku di mana seorang lagi pekerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil bekerja turut menunjukkan sikap tidak profesional.
“Suka menjawab, suka buat muka, dengan pelanggan pun dia boleh buat muka. Dah la tak reti minta tolong, tak reti minta maaf… pening,” katanya.
Reaksi netizen
Kisah yang dikongsikan itu bukan asing kerana menurut segelintir netizen mereka pernah berdepan situasi sama.
Malah ada juga kes campur tangan daripada ibu bapa bekas pekerja yang cukup memeningkan kepala.
“Kami pun ada pengalaman yang sama, ada budak ni berhenti sebab dia kata kami buli dia sampai menangis. Mak ayah dia telefon pejabat maki kami.
“Apabila kami panggil bersemuka dan cerita hal sebenar, rupanya dia tak boleh terima kami marah sebab dia datang lambat dan tak siap kerja,” katanya.