RSS Suria

Pekin Ibrahim kurang ambil tawaran drama, pegang pesanan arwah Mamat Khalid

LEBIH 20 tahun bergelar anak seni, pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dia kurang menerima tawaran berlakon drama, sebaliknya lebih fokus untuk berkarya di layar perak.

Pekin atau Mohd Iznan Ibrahim, 44, berkata, di awal kemunculannya sebaga pelakon, dia pernah menerima nasihat daripada Allahyarham pengarah Mamat Khalid yang meminta supaya membuat pilihan sama ada ingin berlakon drama atau filem.

"Daripada dulu lagi saya kurang berlakon drama. Tawaran sentiasa ada tapi saya jarang ambil. Saya kalau berlakon drama mesti dengan kawan-kawan sahaja.

Pekin dikenali dengan filem-filem arahan Mamat (kiri).

"Arwah Mamat Khalid pernah cakap dengan saya dulu, kau nak jadi pelakon macam mana? Walhal dulu saya mula berlakon dalam drama. Sampai satu tahap, bila abang Mamat nak ambil saya berlakon filem, saya kena pilih nak berlakon filem atau drama.

"Dia cakap kalau nak berlakon filem kena kurangkan ambil tawaran drama kerana orang nak bayar saya untuk tonton di pawagam," katanya kepada mStar.

Menurut Pekin, situasi industri lakonan di Malaysia kini sudah tidak seperti dulu yang mana tiada lagi sebarang nilai eksklusif untuk menetapkan tawaran berlakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bergaduh lagi di set penggambaran, Pekin Ibrahim elak berlakon dengan Mona Allen

ARTIKEL BERKAITAN: Pekin Ibrahim asah bakat Fattah Amin ketika masih ‘kayu’, tak mahu patah semangat kerana kecaman

Bagaimanapun kata Pekin, dia sudah terbiasa tidak menerima tawaran drama kerana enggan terikat dengan komitmen penggambaran terlalu lama.

"Tapi itu dululah, saya rasa perkara ini sekarang sudah tidak lagi menjadi isu (berlakon drama atau filem).

"Dulu mungkin pelakon menjaga nilai eksklusif tapi sekarang sudah lain. Boleh sahaja berlakon drama tak kisah pun. Cuma saya kurang ambil tawaran drama.

Pekin kurang berminat untuk berlakon drama kerana terikat dengan komitmen panjang.

"Salah satu sebab saya tidak mahu terikat terlalu lama dengan penggambaran. Selain itu, saya rasa kurang ‘feel’ kalau berlakon drama. Pilihan masing-masing kan," ujarnya.

Pekin sebelum ini dikenali dengan watak Musalman menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang diarahkan oleh Mamat pada 2010.

Selain itu, aktor berkenaan turut membintangi beberapa filem arahan Mamat termasuk Rock Oo!, Apokalips X dan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top