BAGAIMANA nak jadi seorang guru jika soalan asas pun tidak tahu nak jawab?
Mungkin itu yang terlintas di fikiran panel penemuduga selepas mendengar jawapan calon semasa satu sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Seorang lelaki yang turut hadir ke sesi temuduga tersebut berkongsi reaksi penemuduga yang kurang senang dengan jawapan diberikan calon.
Golongan wanita bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga. -Gambar hiasan
“Panel tanya, apakah tagline Perdana Menteri sekarang? Saya jawab Malaysia Madani.
“Kemudian mereka tanya calon di sebelah saya, apakah sistem yang diamalkan di Malaysia? dia jawab sistem ekonomi,” cerita individu itu mengimbas apa yang berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak beritahu nak kahwin masa temuduga, HR ‘sound’ staf baharu! Menyesal ambil bekerja nanti hamil pula, tapi lain jadinya
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis datang temuduga mengaku enggan belajar, tak suka latihan industri… Orang HR terkejut, calon hanya minat main game
Namun sebaik mendengar apa yang dijawab calon berkenaan, panel penemuduga memberikan reaksi terkejut kerana jawapan sebenanar adalah sistem demokrasi berparlimen.
Panel seterusnya bertanya soalan yang lebih mudah kepada calon sama.
“Perdana Menteri Malaysia sekarang yang ke berapa? Soal penemuduga tersebut.
Soalan asas begini tak tahu… sudah la temuduga dalam kumpulan.
NETIZEN
“Malangnya, calon itu menjawab kelapan, sedangkan jawapan yang tepat adalah Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Tambah lelaki itu, jawapan calon berkenaan menyebabkan suasana menjadi tegang, dengan panel penemuduga menunjukkan tanda kurang senang sambil memandang sesama sendiri.
Reaksi netizen
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpandangan setiap calon sepatutnya membuat persediaan lebih rapi, terutamanya bagi soalan asas berkaitan negara.
“Ini soalan umum. Pengetahuan am. Perlu tahu apa sistem sesebuah negara amalkan.
“Soalan asas begini tak tau? Naya, sudah la temuduga dalam kumpulan,” kata warga maya.