RSS Suria

Lelaki kongsi cara halus majikan singkirkan pekerja veteran, pindah ke jabatan ‘kerja berat’ – “Mereka buat sampai berhenti sendiri”

PRESTASI kerja kakitangan merupakan antara aspek penting dalam mana-mana industri pekerjaan.

Malah pencapaian yang diperoleh sering menjadi penentu kepada hala tuju kerjaya seseorang berbanding tempoh perkhidmatan.

Menyaksikan sendiri bagaimana ‘penghargaan’ diberikan kepada pekerja, seorang lelaki berkongsi cerita tentang pengalaman pahit yang dialami kakitangan veteran di syarikatnya bekerja.

Setiap pekerja perlu patuh pada peraturan syarikat. -Gambar hiasan

Setiap pekerja perlu patuh pada peraturan syarikat. -Gambar hiasan

“Pernah jadi depan mata, pekerja paling lama di syarikat, bekerja lebih 40 tahun tapi akhirnya dibuang macam sampah.

“Faktornya adalah tak perform sebab sudah tua, padahal dia salah seorang pekerja yang ada semasa kilang baru dibuka dulu,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut pelayar ini lagi, nombor pekerja terbabit yang baru dua digit sudah cukup menggambarkan betapa lama dia berkhidmat di kilang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah… Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja setia tak puas hati majikan pilih kasih, staf baharu dapat gaji tinggi! – "Masalahnya saya kena ajar dia kerja"

Namun ia tetap tidak membantunya untuk kekal bekerja sehingga tempoh persaraan yang ditetapkan.

“Dia punya nombor kakitangan pun dua digit je, tapi pengurusan tak pecat secara terus.

Dah 40 tahun bekerja pun, bagi peluang pada orang muda pula.

WARGA MAYA

“Mereka buat sampai pekerja tu berhenti sendiri, dia bukan sahaja ditukarkan ke jabatan yang hard labor.

“Tetapi turut memberi tekanan kepadanya kerana tak berjaya capai sasaran tugasan yang diberi,” tambahnya.

Mengakui sayu dengan situasi dialami pekerja veteran berkenaan, dia menjelaskan bahawa syarikat tidak akan mempedulikan pekerja melainkan mendapat keuntungan daripadanya.

Antara reaksi warga maya berhubung pemberhentian pekerja veteran berkenaan.

Antara reaksi warga maya berhubung pemberhentian pekerja veteran berkenaan.

Cerita yang dikongsikan itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Meskipun bersimpati dengan nasib yang dialami pekerja terbabit, namun ada yang menyatakan ia adalah masa terbaik untuk mengundur diri dan memberi peluang kepada anak muda.

“Dah 40 tahun bekerja pun, bagi peluang pada orang muda pula.

“Nak kekal di posisi tertentu, jangan sesekali kongsikan pengetahuan anda kepada orang lain.

“Kes macam ni biasanya melibatkan syarikat yang telah diwarisi sebab kalau pemilik asal, dia tak akan buat macam tu pada pekerja yang bantu menaikkan syarikat.

“Bank banyak buat macam ni, dia campak ke bahagian pemasaran dan orang yang tak pernah buat, sukar capai sasaran,” demikian perkongsian warga maya.

Scroll to Top