RSS Suria

Pemuda tertinggal dompet terkejut, tiba-tiba ada tumbler dalam raga motosikal… Rupanya orang baik tolong ‘cover’

DALAM zaman yang serba mencabar kini, masih wujud individu berhati mulia yang sanggup membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Itulah pengalaman yang dikongsikan seorang pemuda apabila menyedari dompet miliknya tertinggal di dalam raga motosikal selepas tergesa-gesa memasuki sebuah pusat membeli-belah.

Namun setibanya di kawasan parkir, dia bukan sahaja mendapati dompet miliknya itu masih berada di tempat asal, malah dilindungi oleh sebuah tumbler yang bukan miliknya.

Bekas minuman itu diletakkan di dalam raga motosikalnya, dipercayai oleh individu tidak dikenali yang berniat mahu menyembunyikan dompet tersebut daripada pandangan umum.

Dipertemukan dengan insan yang berhati mulia dan jujur merupakan satu rezeki. -Gambar hiasan AI

“Terima kasih sangat-sangat kepada owner botol kerana mengorbankan botol kamu untuk tutup dompet saya dekat basement tadi,” tulis pemuda berkenaan menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, @joestarr.

Dia turut memuat naik video pendek memaparkan sebuah tumbler di dalam raga motornya.

Menurut pemuda tersebut, dia hanya menyedari dompetnya tercicir selepas kira-kira 15 minit memasuki pusat membeli-belah dan bergegas ke kawasan parkir untuk mengambilnya semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Vespa jujur pulangkan laptop, duit dalam beg pun tak sentuh… Tauke kafe lega, janji nak belanja makan satu keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang tertinggal dompet Prada, pemandu Grab setuju pandu dari Melaka ke JB hantar kepada tuannya selepas buat ‘siasatan’

“Keluar-keluar tengok dekat bakul ada tumbler. Terus fikir… aku salah motor ke?. Rupanya dompet tinggal dalam bakul.

“Saya tunggu juga dalam lima hingga 10 minit, tapi saya rushing. Takut owner tengok wayang ke apa.

“Saya letak (tumbler) dekat motor Vespa sebelah kanan motor saya. Saya pegang ekzos dia agak panas lagi. Saya buat video ni sebab nak cari owner, nak tahu dia dapat balik tak tumbler… takut tersalah motor

“Harap owner PM (private message) saya,” tulisnya lagi.

Semoga pemilik botol tu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

NETIZEN

Sehingga kini perkongsian berkenaan meraih lebih 280,000 jumlah tontonan di TikTok.

Sementara itu, di ruangan komen pula meriah dengan perkongsian pengalaman serupa oleh warga maya yang menceritakan kisah masing-masing dipertemukan dengan insan jujur dan berhati mulia.

Netizen turut berkongsi pengalaman serupa dipertemukan dengan insan baik hati.

“Kunci motor terlupa ambil. Balik-balik ada kopiah tersangkut, rupanya dia cover kunci saya. Sampai sekarang kopiah tu saya simpan.

“Anak saya pula tertinggal handphone dalam bakul… dia tengah solat Jumaat. Lepas habis solat, dia nampak ada seorang lelaki duduk dekat motor… jagakan handphone rupanya. Orang tu OKU.

“Semoga pemilik botol tu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top