RSS Suria

Suri rumah dianiaya pemilik homestay, 2 hari cuci rumah teres dua tingkat diupah RM50 – “Dia kata memang RM25 je sekali buat”

MEMBERSIHKAN sesebuah kediaman bukanlah tugasan mudah atau ringan seperti yang disangka ramai.

Namun lebih memenatkan apabila tugasan menyental kotoran, membersihkan habuk sehinggalah mengemop lantai tapi tidak dibayar dengan upah setimpal.

Seorang suri rumah berkongsi pengalaman pahit dianiaya pemilik homestay apabila dia hanya dibayar RM50 sebagai upah selepas berjam-jam bekerja.

“Aku bersihkan satu homestay ni, rumah teres dua tingkat. Ada empat bilik, tiga bilik air. Tukar cadar, kemas, bersihkan, susun semula apa yang patut sebab rumah tu macam lama tak kemas.

Tugas membersihkan kediaman bukan mudah sebagaimana tanggapan ramai individu. -Gambar hiasan AI

“Dia (pemilik homestay) bayar RM50. Lepas orang dah keluar (check-out), tuan rumah suruh pergi kemas dan tukar cadar apa semua lagi. Kali ni aku mop sekali. Tak ada bayaran sebab dia kata termasuk dalam RM50.

“Aku pun macam tak percaya. Memang letih. Dia kata memang selalunya RM25 saja kalau sekali buat. Dia ingat senang. Rumah pun besar,” luahnya dalam satu hantaran media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang cuci homestay hanya mampu berzikir, tahan marah dapat customer tak guna… Najis pun tak flush!

ARTIKEL BERKAITAN: Owner homestay sedar tetamu cantik, wangi tak semestinya bersih! Tak kisah rumah ditinggalkan kotor, bersepah cuma minta ‘pad’ cuci sendiri

Menurut wanita berkenaan dia menerima tawaran kerja di homestay itu dengan niat untuk mencari pendapatan sampingan.

Memandangkan ia adalah pengalaman pertama, wanita tersebut tidak meletakkan kadar harga seperti yang lazim dilakukan oleh mereka yang mengambil upah melakukan kerja pembersihan.

Dia ingat senang. Rumah pun besar.

PENGADU

“Hari pertama kerja pukul 6 petang hingga 10 malam, hari lepas customer keluar pun sama… tambah mengemop lagi. Jadi dua hari saya buat RM50.

“Salah saya juga sebab tak letak rate harga. Itulah pengalaman mahal. Insya-Allah lepas ni lebih berhati-hati,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan dalam masa yang sama menyifatkan pemilik homestay berkenaan agak kejam kerana mengambil kesempatan.

Netizen berkongsi pandangan terhadap perkongsian wanita berkenaan.

“Buat naya betul. Mana nak dapat dah RM50 rumah dua tingkat. Dia memang tak tahu rate semasa ke macam mana?

Sis, memang tak setimpal dan macam aniaya. Sekarang ada dua akak Indonesia tengah kemas rumah saya. RM20 sejam untuk seorang helper. Saya ambil dua orang, dua jam. Mana ada sekali buat RM25… membongak je!

“Ambil ikut jam, mungkin sejam RM60-70, atau sekali bersih dalam RM100-RM110. Tak nak, suruh dia buat sendiri,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top