RSS Suria

Warga emas dari KL kempunan nak makan angin naik kereta kabel Kuak Hulu, terpedaya video AI – “Tergamak buat orang macam ni”

PENGGUNAAN teknologi kecerdasan buatan (AI) bukanlah sesuatu yang asing pada masa ini kerana ia digunakan secara meluas dalam apa jua tugasan sama ada bidang profesional mahupun urusan harian.

Namun malang bagi sepasang warga emas apabila mereka dipercayai terpedaya dengan kandungan video dihasilkan AI yang dikongsikan di media sosial.

Pasangan suami isteri terbabit sanggup merentas ratusan kilometer untuk menikmati pemandangan indah yang didakwa sebagai lokasi pelancongan baharu di perkampungan Kuak Hulu, Pengkalan Hulu di Perak.

Aksi menikmati hidangan dan membeli tiket ini dipercayai membuatkan ramai yang menyangkakan video AI ini adalah nyata.

Aksi menikmati hidangan dan membeli tiket ini dipercayai membuatkan ramai yang menyangkakan video AI ini adalah nyata.

“Ada pasangan ni, dah tua… mereka datang check-in hotel dan tanya sama ada aku dah naik kereta kabel kat Kuak Hulu atau belum.

“Aku ingatkan mereka melawak pastu aku cakap la… sibuk, tak sempat naik. Kemudian dia terus cakap… pakcik dan makcik datang dari KL (Kuala Lumpur) sebab nak naik kereta kabel tu.

“Terkejut aku dengar, aku pun tanya sama ada mereka serius atau tidak dan mereka cakap memang betul,” ujarnya.

Dia yang bersimpati dengan nasib pasangan warga emas terbabit cuba menjelaskan bahawa video yang ditonton itu hanyalah rekaan AI.

ARTIKEL BERKAITAN: Teknologi bikin ‘pening’! Pensyarah dakwa tugasan disiapkan 100 peratus guna AI, pelajar mati-mati tak mengaku

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kantoi salin esei ‘AI’ bulat-bulat, tulisan ‘by Probot’ pun lupa buang! Netizen bimbang sikap Gen Z – "Menipu pun tak pandai"

Namun malangnya, kedua-dua mereka seakan-akan tidak percaya kerana video yang dihasilkan seolah-olah laporan berita [Tonton Video] menunjukkan seorang wartawan memberi penerangan terperinci mengenai destinasi tersebut.

Tambahan pula terdapat beberapa pengunjung yang turut ditemuramah di lokasi.

“Makcik tu cakap ada wartawan, takkan video tipu.

“Aku pun cakap yang aku orang tempatan, kawasan pekan akan meriah kalau betul ada kereta kabel di sini.

“Pakcik tu pun pusing tanya isteri dia macam mana,” tambahnya yang turut sayu melihat situasi pasangan terbabit.

Lebih menambah rasa sedih apabila kedua-dua tetamu hotel itu menyatakan rasa malu untuk bertanya kepada anak-anak berhubung kesahihan destinasi yang ditunjukkan dalam video tular berkenaan.

Orang muda pun ramai yang percaya lepas sekali tengok, apatah lagi orang tua.

WARGA MAYA

“Isteri pakcik ni kata aku patut komen dekat di posting video tu maklumkan ia tak betul. Tapi aku tengok kat TikTok, mereka pula tengok kat Facebook.

“Kemudian makcik tu cakap nak saman wartawan tu pula, aku pun cakap yang semua dalam video tu bukan orang betul.

“Dia macam tersedar dan cakap… tergamak mereka buat orang macam ni,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa terkejut kerana terdapat individu yang terpedaya dengan video rekaan AI berkenaan.

Warga maya meninggalkan reaksi masing-masing.

Warga maya meninggalkan reaksi masing-masing.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan berhubung isu ini kerana ia melibatkan warga emas.

“Hari tu ada orang komen kat video AI yang gorila buat vlog bercakap, dia cakap mak ayahnya percaya memang wujud gorila buat aktiviti manusia.

“Orang muda pun ramai yang percaya lepas sekali tengok, apatah lagi orang tua.

“Alang-alang tu, suruh mereka berehat dekat Bukit Kuak tu, aniaya orang pula video-video tak berfaedah ni.

“Teknologi AI ni bagus dan mudah tapi boleh membawa mudarat juga. Zaman sekarang zaman fitnah dengan akses teknologi yang pelbagai,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top