RSS Suria

Gadis sedih mak ‘tarik’ muka, membisu tanda protes… Marah sangat tak beri adik lelaki RM500 nak berjoli di KL

HANYA kerana menolak permintaan untuk memberi atau meminjamkan wang, seseorang itu akan dilabel kedekut atau bakhil.

Melalui situasi sama, seorang gadis terkejut apabila dia dituduh berkira dengan adik kandung hanya kerana enggan meminjamkan sejumlah wang.

Lebih menambah rasa sedih apabila tuduhan itu dibuat ibunya sendiri.

“Mak aku mengadu, adik aku minta pinjam duit dalam RM500 sebab nak berjoli dengan kawan-kawan.

Perbezaan pendapat sering terjadi antara ibu dan anak. -Gambar hiasan AI

Perbezaan pendapat sering terjadi antara ibu dan anak. -Gambar hiasan AI

“Aku cakap tak ada duit, gaji aku cuma RM1,500 dan bulan ni nak guna untuk servis motosikal.

“Jadi mak aku cakap aku berkira dengan adik sendiri,” ujarnya dalam nada sayu menerusi perkongsian di media sosial.

Meskipun terasa hati dengan kata-kata ibunya, namun dia tetap berkeras hati untuk tidak meminjamkan wang kepada adiknya yang tinggal sendirian di Kuala Lumpur.

Baginya, ketegasan tersebut disebabkan adik lelakinya yang berusia 24 tahun itu secara langsung menyatakan ingin bersuka ria walaupun tidak mempunyai wang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinjamkan duit tabung percutian untuk adik buat majlis kahwin, tak sangka suami sentap! Marah sampai sanggup travel solo

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang – "Saya pula kena mengemis"

Tambahan pula, dia sendiri mempunyai beberapa komitmen bulanan lain yang perlu dilangsaikan.

“Gaji aku tu tak tolak pinjaman dan lain-lain lagi.

“Adik aku pun belum jelaskan hutang dia bulan lepas, RM250 juga.

“Masa tu dia cakap nak guna untuk isi minyak kereta,” tambahnya yang turut melakukan kerja sambilan sebagai pekerja penghantaran.

Ddoakan Allah lembutkan hati mak dan awak dah buat keputusan yang betul.

WARGA MAYA

Bimbang adiknya terus berbelanja melebihi kemampuan diri, dia meminta supaya ibunya memberi teguran dan tidak mengikut kemahuan berkenaan.

Namun malangnya, nasihat yang diberikan itu menjadi punca perbalahan dia dan ibu.

“Aku cakap kat mak supaya jangan ajar adik berbelanja ikut sedap dia.

“Nak berbelanja, belanjalah ikut kemampuan… kemudian mak aku tarik muka dengan aku, dah dua hari tak bercakap,” tambahnya lagi yang hanya mempunyai baki RM100 untuk berbelanja sehingga gaji seterusnya.

Warga maya bersetuju dengan tindakannya itu.

Warga maya bersetuju dengan tindakannya itu.

Perkongsiannya itu membuka mata tentang betapa mudahnya seseorang itu disalah anggap hanya kerana tidak mampu membantu daripada sudut kewangan.

Susulan itu, warga maya bersetuju dengan tindakan tegas yang dilakukannya.

“Memang ramai mak-mak macam ni, tapi tak apa doakan Allah lembutkan hati mak dan awak dah buat keputusan yang betul.

“Tepat! Ini maksud sebenar sayang adik-beradik dan bukan berkira sebab tujuan pinjam untuk berjoli.

“Biarlah tak bercakap pun, kau tetap tak cukup duit yang penting kau teruskan tersenyum dan layan mak dengan baik.

“Selalunya macam tu, anak yang berkorban tidak dipandang tapi anak yang tak mendatangkan hasil pula disanjung,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top