BAGI peniaga makanan, berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan adalah perkara biasa.
Namun siapa sangka, cabaran juga boleh datang daripada pihak yang sepatutnya menjadi rakan niaga iaitu penghantar makanan.
Itulah pengalaman yang dilalui seorang peniaga apabila berdepan situasi tidak diduga dengan seorang pekerja penghantaran.
Pekerjaan sebagai rider mampu menjana pendapatan lumayan. -Gambar hiasan
“Semalam teman husband tutup kedai. Kami tutup kedai pada pukul 10 malam. Pada pukul 9.52 malam, kami menerima satu pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Thread.
Ujar individu tersebut, selaku peniaga makanan, dia menyiapkan tempahan yang diterima dengan sebaik mungkin meskipun waktu operasi hampir tamat.
Namun tanpa diduga, situasi bertukar tegang apabila seorang rider tiba di premisnya untuk mengambil tempahan sebelum menghantar kepada pelanggan.
ARTIKEL BERKAITAN: Peram barang pembeli, rider biadab suruh check tong sampah! Beri alasan ‘natural disaster’ tak hantar bungkusan
ARTIKEL BERKAITAN: Rider selamba batal order pelanggan RM129, tauke bengang kedai makan dikata tutup! – "Jangan borak bab tutup periuk nasi"
“Dah prepare semua then sampailah rider dekat kaunter dengan emosi. Dia marah aku… dah tahu nak tutup received order buat apa, aku nak baliklah… menyusahkan!” kongsinya mengimbas kembali insiden berkenaan.
Walaupun terkejut disergah sedemikian, individu itu berkata dia tetap membalas dengan tenang dan positif.
“Aku terkejut kejap. Aku cakap… Alhamdulillah tak putus-putus rezeki Allah hantar dekat kami.
“Dia rentap beg order tu habis hancur boba sundae customer tu. Peliklah aku nak hadap kerenah orang ni,” kongsinya lagi.
Dia sebagai rider yang accept, dia yang merentan. Dah tahu nak balik, boleh cancel kan?
NETIZEN
Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan warga maya dengan ramai mengecam sikap rider berkenaan yang disifatkan tidak profesional dan kurang beradab dalam menjalankan tugas.
Malah tidak kurang juga ada yang mencadangkan peniaga tersebut membuat aduan kepada syarikat penghantaran makanan supaya tindakan dapat diambil terhadap individu terbabit sebagai pengajaran di atas sikap biadabnya.
Antara komen netizen.
“Awak boleh bagi rating 1 star untuk rider dekat device portal. Biar rate performance dia sikit. Bulanan tak dapat apa-apa daripada syarikat.
“Dia sebagai rider yang accept, dia yang merentan. Dah tahu nak balik, boleh cancel kan? Boleh tutup saja apps tu. Emo lebih ni.
“Lain kali cakap je, tak boleh buat kerja rider pergi cari kerja lainlah… itu pun kalau dapat,” demikian antara komen netizen.