BUKAN sekadar membuat laporan polis, pelakon dan penyanyi Abby Abadi juga tidak teragak-agak untuk bersemuka dengan individu yang didakwa menipu melibatkan perniagaan tudung anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, juga mengajak usahawan lain yang pernah menjadi mangsa pihak berkenaan untuk tampil menuntut hak mereka.
Malah katanya dia sudah pun mendapatkan maklumat terperinci pasangan suami isteri yang didakwa melakukan penipuan itu termasuk tempat tinggal mereka.
Pendedahan yang dibuat Abby di laman sosial miliknya.
“Rasanya sampai juga saya ke rumah. Alamat dan nombor kad pengenalan ada.
“Siapa lagi yang pernah kena ‘scam’ dengan mereka, jom pergi sekali,” katanya.
Abby menulis perkara tersebut dalam hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tuntut bela bayaran semula daripada syarikat tekstil, dakwa menipu perniagaan tudung Marissa
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abby Abadi tak nak campur hal rumah tangga Marissa dan Aslam, tengok sahaja apa jadi
Dia juga secara terbuka mendedahkan gambar pasangan terbabit serta maklumat pemilikan syarikat yang terletak di Semenyih, Selangor.
Abby juga mendakwa syrikat berkenaan telah banyak kali melakukan penipuan sejak tahun 2021.
Tambah pelakon ini, pihak berkenaan ada menghubunginya selepas dia membuat pendedahan awal di platform media sosial.
Abby mengeluarkan modal untuk perniagaan tudung yang diusahakan Marrisa (kanan).
Selepas berbincang beberapa kali, mereka dikatakan masih gagal memulangkan bayaran deposit yang dibuat bagi menyiapkan tempahan tudung.
“Tanpa rasa bersalah dia hubungi saya dua kali minta masa 10 hari. Saya gertak dia sebut tujuh hari pula.
“Saya cakap macam-macam dia tukar pula jadi tiga hari. Akhir sekali dia kata 24 jam untuk bayaran balik. Saya tak boleh tunggu, saya minta sekarang. Lepas 20 minit masih belum ‘refund’,” jelasnya.
Dalam hantaran berkenaan, dia juga memberitahu sudah membuat laporan polis berhubung isu penipuan tersebut. Namun lokasi balai polis tidak dinyatakan.
Terdahulu Abby hilang sabar apabila sebuah syarikat tekstil didakwa gagal menyiapkan tempahan tudung bagi perniagaan Marissa mengikut tempoh yang ditetapkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube