RSS Suria

Remaja berlakon naif, buat laporan palsu dakwa dirogol pakcik lepas kantoi curi emas! Dalam diam ‘kebas’ telefon staf JKM

SEORANG staf pelawat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi peringatan agar masyarakat lebih berhati-hati terhadap golongan remaja dengan menyangka mereka naif.

Staf wanita itu mendedahkan pihaknya pernah berdepan kes membabitkan dua adik beradik perempuan berusia 13 dan 14 tahun yang mendakwa dirogol berulang kali oleh bapa saudara mereka.

Menurutnya, tuduhan serius itu menyebabkan bapa saudara mereka disiasat polis dan kes berlarutan selama dua tahun.

Remaja mudah terjebak dengan perkara melalaikan. -Gambar hiasan AIRemaja mudah terjebak dengan perkara melalaikan. -Gambar hiasan AI

“Selepas siasatan yang lebih lanjut, pakcik mereka tidak bersalah.

“Kesan rogol itu tidak berlaku dalam tempoh dua ke tiga bulan ketika mereka dijaga oleh pakcik tersebut,” katanya.

Wanita itu memaklumkan, kedua-dua beradik itu dijaga oleh lelaki berkenaan yang merupakan adik kepada ibu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja dicekup ketika melepak, tak tahu kawan simpan dadah di rumah! Peguam minta hati-hati pilih rakan

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pinjam RM50 tak dapat, tapi kena maki… Rasa marah jadi punca remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing

Jelasnya, ibu bapa remaja terbabit semenangnya mengabaikan mereka berdua dan bapa saudara menjaga mereka atas dasar simpati.

“Ada satu hari, si adik tegur dan tanya sama ada aku tahu atau tidak kes mereka. Aku jawab tak tahu.

“Si adik beritahu pakcik mereka tak rogol pun. Kakak dia kantoi mencuri gelang makcik mereka.

“Nak selamatkan diri daripada pakcik buat laporan polis, kakak buat laporan palsu kata dirogol,” katanya.

Sampai satu tahap dia beritahu kakak dia pernah gugurkan kandungan.

STAF PELAWAT JKM

Ketika ditanya mengapa mereka bertindak sedemikian, si adik mendedahkan kakaknya mahu mengikut rakan-rakan menghadiri sebuah parti tertutup.

Tambah wanita itu lagi, si adik memberitahu ketika berada di acara berkenaan kakaknya berzina dan bertukar-tukar pasangan.

“Aku siasat nak tahu cerita sebenar sampai satu tahap dia beritahu kakak dia pernah gugurkan kandungan.

“Bila tanya mana mereka belajar, dia cakap mak dia pernah buat dan minta tolong kakak dia,” katanya.

Baragan kemas sentiasa menjadi perhatian penjenayah. -Gambar hiasanBarangan kemas sentiasa menjadi perhatian penjenayah. -Gambar hiasan

Selepas dua tahun tidak bertemu, wanita itu berkata dia ditegur oleh si adik ketika berkunjung ke rumah perlindungan.

Apa yang membuattkan dia lebih terkejut apabila remaja tersebut mengetahui dia membeli telefon baharu.

“Bila aku tanya macam mana dia tahu telefon aku hilang, dia mengaku kakaknya yang curi telefon aku. Aku reda sebab dah dua tahun.

“Dia ada bagitahu yang kakak dia juga dah lari ke Indonesia. Jadi tinggal dia seorang saja kat situ,” katanya.

Wanita itu berkata perkongsiannya di laman sosial bukan ingin mengaibkan sesiapa tetapi sebagai peringatan supaya masyarakat lebih berhati-hati.

“Ni pengajaran. Sentiasa pantau sekeliling anak-anak kita. Aku tak cerita benda ni jadi tahun bila, dekat mana.

“Aku cerita umum untuk sentiasa pantau pergaulan anak-anak,” katanya.

Scroll to Top