RSS Suria

Sasha Saidin beri pakaian lama kepada Aaisyah, sokong minat anak saudara ceburi bidang seni

PENYANYI Sasha Saidin tidak menghalang sekiranya anak saudaranya iaitu Aaisyah Dhia Rana mahu mengikut jejak langkah menceburi bidang seni.

Sasha atau Sasha Mohd Saidin, 49, berkata, dia melihat potensi yang ada pada Aaisyah menerusi bakat peragaan dan lakonan.

Berbeza dengan personaliti anak lelakinya iaitu Adam Aryasenna Notosoemarson, 16, yang lebih pemalu, Sasha menyifatkan Aaisyah lebih yakin dan tenang apabila berhadapan dengan kamera.

Sasha melihat bakat yang ada pada Aaisyah.

“Saya tidak kisah terpulang kepada dia. Saya memang boleh nampak dia ke arah peragaan dan lakonan tetapi bukan nyanyian.

“Saya tidak pernah nampak dia menyanyi. Dia masih malu-malu lagi. Berbeza dengan anak saya, dia sangat pemalu di depan kamera.

“Nak ambil gambar kenangan bersama pun dia tak mahu. Kalau Aisyah dia memang sangat bersahaja di hadapan kamera,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tinggal berjauhan, akhirnya hasrat Sasha Saidin bawa anak ke Dubai tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: "Macam 3 musim jadi pengacara" – Aaisyah hos jemputan Nona, Che Ta tak sangka anak ada bakat

Dalam pada itu, Sasha turut memberitahu dia juga ada memberikan pakaian lama miliknya kepada Aaisyah untuk digayakan apabila dewasa kelak.

“Ramai orang cakap muka Aisyah macam saya. Mungkin sebab kami memang satu keluarga. Saya suka luangkan masa dengan dia.

“Baru-baru ini saya ada juga beri dia baju-baju lama yang sudah tak muat, walaupun dia perlu menunggu beberapa tahun untuk pakai pakaian tersebut.

Sasha (kiri) merupakan adik ipar kepada Rozita (kanan).

“Saya suruh dia simpan elok-elok. Dia hargai pemberian saya itu,” ujarnya.

Untuk info, Aaisyah merupakan anak kepada pelakon Zain Saidin iaitu abang Sasha yang berkahwin dengan aktres Rozita Che Wan.

Sejak kecil lagi, Aaisyah sering menjadi perhatian ramai kerana penampilannya yang bergaya dan gemar memakai mekap.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top