RSS Suria

Sentiasa senyum ketika diperiksa… Doktor terkedu pesakit beri klinik ‘rating’ 1 bintang, berjela komen buruk – “Saya bukan bomoh!”

RAGAM dan kerenah pesakit yang berbeza-beza sememangnya menjadi lumrah dalam dunia perubatan.

Namun, menjadi tanggungjawab setiap pengamal perubatan untuk mengekalkan tahap profesionalisme tertinggi dalam apa jua keadaan, termasuk ketika berdepan pesakit yang degil, beremosi atau cenderung tidak berpuas hati terhadap banyak perkara.

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman, seorang doktor wanita tampil meluahkan rasa terkilan selepas menerima penilaian satu bintang daripada seorang pesakit, hanya kerana tidak berpuas hati dengan caranya memberikan konsultasi perubatan.

“Rasa nak share pengalaman saya masa kerja sebagai GP (pengamal perubatan am) dulu. Ia berlaku tahun lepas, masa tu saya tengah mengandung dan trimester pertama.

Pesakit sedang menunggu giliran masing-masing di sebuah klinik. -Gambar hiasan

“Syif saya mula 2.30 petang sampai 10.00 malam. Turun kereta, saya nampak kasut penuh depan klinik. Saya masuk klinik, tengok dua orang doktor syif pagi tengah buat prosedur.

“Tak cakap banyak, saya terus ke bilik konsultasi. Saya nak selesaikan pesakit yang menunggu lama cepat-cepat. Sampailah masuk seorang pesakit ni,” tulisnya memulakan cerita.

Menurut doktor berkenaan, pesakit lelaki yang dalam lingkungan umur 20-an itu mengadu mengalami batuk dan sakit tekak.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor hampir hilang sabar layan Gen Z, sihat walafiat tapi berani minta MC 3 hari! Makin geram dengar alasan budak sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah bergelar doktor pelatih… pemuda kongsi kisah perit selepas resign, 3 tahun mohon berpuluh kerja tapi pengawal keselamatan pun tak dapat!

Dia kemudian melakukan pemeriksaan luaran seperti memeriksa suhu badan dan pernafasan pesakit tersebut.

“Tak demam, tekak ada jangkitan ringan. Paru-paru clear, tak ada bunyi pelik-pelik. Dia senyum pada saya. Saya tanya, dia jawab okay je.

“Saya terangkan simptom dia ringan dan ia hanya simptom satu hari. Saya beri ubat rawat simptom dulu. Tak perlu ambil darah atau antibiotik.

Tangkap layar ulasan pesakit berkenaan sebagaimana yang dikongsikan doktor tersebut.

“Ia mungkin disebabkan jangkitan viral atau persekitaran. Pesakit angguk faham. Dia keluar bilik pun dengan muka senyum,” kongsinya.

Dipendekkan cerita, pada keesokan hari, grup WhatsApp kerjanya penuh dengan mesej dan doktor tersebut akhirnya mendapat tahu bahawa klinik tempat kerjanya diberikan rating satu bintang oleh seorang pesakit, menerusi laman penilaian dalam talian.

Antara ulasan yang diberikan pesakit, dia meluahkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa menunggu lama sebelum mendapat konsultasi, tempoh konsultasi yang sangat singkat, tiada pemeriksaan lebih lanjut, diberikan ubat berulang dan caj yang agak mahal.

Memang lingkup la kalau jumpa patient macam ni.

NETIZEN

Menurut doktor tersebut, dia dapat mengagak penilaian itu dibuat oleh pesakit muda yang dirawatnya semalam.

“Kes dia straight forward. Sakit tekak, batuk. Tengok dia senyum, jalan elok, tak pucat, tak kan blood pressure drop kot.

“Sebelum dia keluar bilik, saya tanya dengan polite ‘ada apa lagi ke yang saya boleh bantu?’. Dia geleng. Kalau nak drip atau MC, cakaplah… saya bukan bomoh.

“Dia keluar dan marah staf dekat kaunter. Mungkin dia frust menunggu lama. Bila menunggu lama, mereka start fikir negative, jadi bila sampai turn dia, dia expect kita treat dia sama lama dengan waktu dia menunggu atau macam mana?

“Cakap dengan suami, sedihnya. Masa tu rasa down, tak nak dah jadi doktor. Biar pesakit tu jadi doktor, biar dia rasa macam mana,” tulisnya lagi.

Antara komen yang dilontarkan netizen.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan netizen namun rata-ratanya meluahkan simpati dengan nasib doktor yang selalu menjadi mangsa kemarahan pesakit.

Patient from hell ni memang benar sis. Baru kena 1 star review sebab tunggu lama… kita tengah buat prosedur. Padahal staf dah inform. Sabar je la.

“Memang lingkup la kalau jumpa patient macam ni.

“Ada juga jenis review panjang, cakap tunggu lama nak daftar. Bila tengok CCTV, 10 minit pun tak sampai,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top